Matawang CAD masih dilihat positif dalam pasaran semasa namun USD lebih mendominasi di mana jika dilihat pada pergerakan harga bagi pasangan matawang USD/CAD pada dagangan semalam, harga membuat kenaikan pada sesi pasaran New York setelah bergerak agak mendatar sejak awal sesi pasaran Asia dibuka. Jika diperhatikan, harga bergerak di antara paras Magic Pivot dan resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line pada sesi pasaran Asia dan Eropah semalam sebelum harga membuat lonjakan pada sesi pasaran New York sehingga ke paras resistance MagicR2.
Pada sesi pasaran Asia hari ini pula, harga didagangkan agak mendatar dan hampir menyentuh paras resistance 1.2894 (MagicR1) sebelum harga sedikit membuat penurunan pada sesi pasaran Eropah. Jika harga berjaya meneruskan kenaikan melepasi paras resistance MagicR1, dijangka harga akan membuat kenaikan menuju ke paras resistance seterusnya iaitu pada 1.2925 (MagicR2). Kenaikan harga yang dibuat seterusnya bakal melihatkan harga mencapai paras resistance 1.2969 (MagicR3) atau ke paras yang lebih tinggi.
Sebaliknya, jika harga mengalami kejatuhan, pasaran menjangkakan harga akan kembali menguji paras support 1.2818 (MagicS1) selepas turun melepasi Magic Pivot 1.2850. Kemudiannya, destinasi harga seterusnya ke paras support yang lebih rendah yang dilihat berada di paras 1.2774 (MagicS2) dan momentum penurunan harga yang kuat bakal melihatkan harga berkemungkinan mencecah paras serendah 1.2743 (MagicS3).
Terus pantau perkembangan rundingan NAFTA (USMCA) yang melibatkan Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada dan isu-isu yang berkaitan rundingan tersebut. Dinasihatkan supaya anda mengawal posisi dagangan anda untuk menghadapi ketidaktuan pergerakan harga dalam pasaran minggu ini. Lihat indicator Moshed Magic Line untuk bantuan rujukan dalam analisis teknikal anda.
Paras support: 1.2818, 1.2774, 1.2743.
Paras resistance: 1.2894, 1.2925, 1.2969.