Matawang CAD dijangka bakal terkesan daripada harga pasaran minyak mentah yang dilaporkan merosot. Pergerakan harga bagi chart USD/CAD masih didominasi oleh USD walaupun matawang tersebut didagangkan bercampur-campur menjelang data NFP yang akan dikeluarkan pada 8.30 malam ini. Berdasarkan indicator Moshed Magic Line, harga yang didagangkan lebih tinggi dari paras Magic Pivot semalam meneruskan kenaikannya sehingga mencapai paras resistance MagicR2 sebelum menutup harga di sekitar paras tersebut.
Pada pasaran Asia hari ini, harga didagangkan perlahan sehingga ke pasaran Eropah di mana harga semasa berada di paras harga 1.29280 setakat jam 3.51 petang. Harga dilihat berada di antara paras Magic Pivot 1.2904 hari ini dan paras resistance 1.2952 (MagicR1). Jika harga berjaya membuat kenaikan dan melepasi paras resistance tersebut, jangkaan harga akan meneruskan lagi kenaikan sehingga ke paras resistance 1.2985 (MagicR2). Paras resistance 1.3033 (MagicR3) pula dilihat sebagai paras resistance seterusnya bakal dicapai harga jika kenaikan masih diteruskan.
Sebaliknya, kejatuhan nilai USD bakal menyaksikan harga membuat kejatuhan melepasi paras support 1.2871 (MagicS1) sebelum turun menguji paras support 1.2823 (MagicS2) yang berada di zon tumpuan harga sebelum ini. Jika harga berjaya melepasi paras tersebut juga, harga dijangka membuat penurunan ke paras support seterusnya yang dilihat pada 1.2791 (MagicS3).
Terus ikuti perkembangan pasaran minyak mentah global dan juga rundingan USMCA yang telah mencapai kesepakatan baru-baru ini yang banyak memberi kesan terhadap nilai matawang Loonie. Perhatikan paras support dan resistance pada chart USD/CAD dengan berpandukan indicator Moshed Magic Line.
Paras support: 1.2871, 1.2823, 1.2791.
Paras resistance: 1.2952, 1.2985, 1.3033.