Walaupun dollar USD didagangkan bercampur-campur pada sesi dagangan semalam menjelang pilihanraya kongres di AS hari ini, matawang dollar CAD lebih didagangkan merosot berikutan kejatuhan harga minyak mentah. Penganalisis pasaran berpendapat bahawa pasaran minyak mentah yang terjejas itu adalah disebabkan faktor pengecualian oleh Amerika Syarikat kepada beberapa pembeli utama minyak di Iran. Oleh itu, jika dilihat pergerakan harga pada chart pasangan matawang USD/CAD untuk dagangan semalam, harga telah membuat kenaikan sehingga melepasi paras resistance MagicR1 dan menguji paras resistance MagicR2 pada indicator Moshed Magic Line sebelum kembali membuat penurunan pada lewat sesi pasaran New York dan menutup harga sekitar paras resistance MagicR1 semula.
Pada sesi pasaran Asia hari ini pula, harga yang dilihat memulakan dagangan sekitar paras Magic Pivot 1.3121 hari ini cuba untuk membuat penurunan namun harga kembali melonjak semula dan menguji paras resistance 1.3146 (MagicR1) tetapi tidak berjaya membuat kenaikan lebih tinggi sebelum turun semula melepasi paras Magic Pivot. Bersambung pada sesi pasaran Eropah, harga membuat kenaikan semula melepasi paras Magic Pivot dan harga semasa didagangkan di sekitar paras 1.31300 setakat jam 3.06 petang. Jika harga berjaya membuat kenaikan semula melepasi paras resistance MagicR1, harga dijangka akan menuju pula ke paras resistance pada 1.3170 (MagicR2). Sekiranya momentum kenaikan harga dapat dikekalkan, berkemungkinan harga akan mencapai paras ketinggian yang baru sekitar paras resistance 1.3195 (MagicR3) mengatasi paras ketinggian harga yang dicapai sebelum ini pada minggu lalu.
Namun, jika harga kembali menunjukkan penurunan pada chart USD/CAD, paras awal yang dilihat akan menjadi tumpuan harga adalah pada paras support 1.3097 (MagicS1). Seterusnya, harga akan meneruskan lagi penurunan untuk menguji pula paras low pada Isnin lalu sekitar paras support 1.3072 (MagicS2). Dan jika harga masih mengalami kejatuhan, pasaran akan melihat reaksi harga pada paras support 1.3048 (MagicS3) yang berada pada zon tumpuan harga pada chart USD/JPY ini.
Terus pantau perkembangan pasaran minyak mentah global dan juga isu geopolitik yang memberi kesan terhadap perubahan nilai matawang Loonie seterusnya mempengaruhi pergerakan harga pada chart USD/CAD. Sesuaikan indicator Moshed Magic Line pada chart USD/CAD anda dengan melihat respon harga pada paras-paras harga yang telah digariskan pada indicator Moshed Magic Line.
Paras support: 1.3097, 1.3072, 1.3048.
Paras resistance: 1.3146, 1.3170, 1.3195.
Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI