Pergerakan harga pada chart pasangan matawang USD/JPY pada dagangan semalam menunjukkan harga telah mencapai paras ketinggian baru di paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line sebelum kembali membuat penurunan semula ke paras Magic Pivot. Perkembangan semasa bagi matawang JPY, isu perang dagang yang berlanjutan turut memberi kesan terhadap Yen di mana Gabenor Bank of Japan (BOJ), Kuroda mengatakan isu tersebut bakal memberi impak terhadap sentimen perniagaan dan juga ekonomi di negara mereka.
Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga dilihat bergerak mendatar berhampiran paras 112.900 yang lebih rendah dari paras Magic Pivot 113.044 hari ini. Harga yang dilihat masih cuba untuk membuat penurunan ke paras support 112.695 (MagicS1), berada pada paras 112.790 setakat jam 3.05 petang. Jika harga berjaya membuat penurunan melepasi paras support tersebut, harga dijangka akan menuju pula ke paras support 112.461 (MagicS2). Dan sekiranya harga masih berjaya meneruskan penurunan, destinasi seterusnya yang dilihat akan dituju harga adalah pada paras 112.112 (MagicS3).
Namun, jika matawang USD berjaya mengukuh semula dan harga kembali menyambung kenaikan yang dibuat sejak awal minggu ini, harga bakal menuju ke paras resistance yang berada di 113.278 (MagicR1). Harga yang masih berjaya membuat lonjakan seterusnya akan mencari paras ketinggian terbaru berkemungkinan ke paras sekitar 113.627 (MagicR2) yang dilihat berada pada zon SBR (support become resistance) yang lalu. Dan kenaikan harga yang berjaya dikekalkan dilihat berpotensi mencapai paras setinggi 113.861 (MagicR3).
Kaji struktur ekonomi di Jepun jika anda penggemar chart pasangan safe-haven USD/JPY dan beri tumpuan juga terhadap sentimen pasaran semasa yang turut mempengaruhi pergerakan harga. Perhatikan paras tumpuan harga pada chart USD/JPY dengan membandingkan dengan paras-paras yang telah digariskan pada indicator Moshed Magic Line setiap hari.
Paras support: 112.695, 112.461, 112.112.
Paras resistance: 113.278, 113.627, 113.861.
Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI