Pasaran global berada dalam keadaan lemah berikutan kejatuhan yang teruk pasaran global selepas IMF memberi amaran terhadap pertumbuhan dan kestabilan kewangan global. Hal ini yang masih melihatkan pasaran semasa dalam keadan berisiko terus memberi kelebihan kepada matawang Yen. Tambahan lagi, Yen berkemungkinan akan mendapat permintaan menjelang sidang kemuncak EU minggu ini. Pergerakan harga bagi pasangan matawang USD/JPY pada Khamis dan Jumaat lalu menunjukkan pergerakan yang mendatar di mana harga didagangkan di sekitar paras 112.200.
Pada pasaran Asia hari ini, harga dilihat didagangkan di sekitar paras 112.200 juga dan harga menguji paras Magic Pivot 112.181 pada permulaan sesi sebelum harga bergerak membuat penurunan dan menguji paras support 111.861 (MagicS1) setakat jam 2.37 petang. Jika Yen terus mengukuh dan menekan harga ke paras lebih rendah, jangkaan harga akan menuju ke paras support 111.556 (MagicS2) yang berada lebih rendah. Seterusnya, harga bakal mencecah sehingga ke paras support 111.236 (MagicS3) jika harga masih mengekalkan penurunan yang dibuat.
Namun, jika USD kembali mengukuh dan melonjakkan semula harga je paras lebih tinggi, harga dilihat akan menuju ke paras resistance 112.486 (MagicR1) untuk menguji dulu zon resistance tersebut. Kenaikan harga yang diteruskan kemudiannya dilihat akan menguji pula paras resistance seterusnya pada 112.806 (MagicR2) yang berada pada zon SBR (support become resistance). Dan jika harga mampu membuat kenaikan melepasi paras tersebut, dijangka harga akan menuju ke paras resistance 113.111 (MagicR3) sebelum harga membuat Higher High baru ke paras yang lebih tinggi.
Sentiasa berjaga-jaga dengan sentimen pasaran semasa yang tidak menentu di mana turut memberi kesan kepada matawang safe-haven dan juga pergerakan harga pada chart USD/JPY ini. Tentukan paras-paras support dan resistance terbaik pada chart USD/JPY dengan melihat kepada indicator Moshed Magic Line sebagai rujukan anda.
Paras support: 111.861, 111.556, 111.236.
Paras resistance: 112.486, 112.806, 113.111.