Jika diperhatikan, USD/JPY telah bearish sejak minggu lalu dan telah mencapai ke sekitar Key Support mingguan yang berada pada harga 110.30(rujuk timeframe daily untuk dapatkan gambaran yang lebih jelas). Dan kini ia telah breakout trendline dan berpotensi untuk membentuk reversal pattern ‘inverse head & shoulder’ atau ‘double bottom’ di timeframe H1 ini sekiranya ia masih tidak breakout harga Key Support 111.30 ini.
Dan jika USD/JPY membuat kenaikan, ia berpotensi tinggi untuk breakout Key Resistance dan mencapai ke target seterusnya iaitu 111.30 atau ke 111.64. Walaubagaimanapun, jika ia breakout Key Support ini, USD/JPY akan bearish dan menguji harga sekitar 110.00.
Oleh itu, penting untuk memperhatikan pergerakan harga semasa USD/JPY ketika ini samaada ia akan breakout Key Support atau sebaliknya. Sekiranya tidak breakout, USD/JPY akan mula mengorak langkah untuk bullish ketika ini.