Sentimen pasaran semasa yang berubah-berubah sedikit sebanyak mempengaruhi pergerakan harga bagi pasangan matawang USD/JPY. Pada dagangan Jumaat lalu, harga dilihat turun ke paras zon RBS (resistance become support) dan tidak berjaya melepasi (breakout) paras tersebut dan kembali membuat kenaikan dan membuat Higher High yang baru di mana paras tersebut adalah yang dicapai pada awal Ogos lalu. Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga cuba membuat sedikit kenaikan ke paras ketinggian Jumaat lalu namun kembali turun semula dan bergerak lebih rendah dari paras Magic Pivot 111.979 di mana harga semasa berada di sekitar paras harga 111.940 setakat jam 5.35 petang.
Jika harga tidak berjaya melepasi paras zon RBS 111.800 yang juga merupakan paras support MagicS1 (111.797), jangkaan harga akan membuat penurunan ke paras support 111.565 (MagicS2). Atau jika harga terus didagangkan lemah atas faktor USD yang melemah atau Yen yang mendapat permintaan berikutan pasaran yang kembali berisiko, berkemungkinan harga akan turun ke paras support 111.383 (MagicS3) atau lebih rendah lagi.
Namun, jika harga meneruskan kenaikan yang dibuat pada minggu lalu, harga terlebih dahulu akan menguji paras resistance 112.211 (MagicR1) dan jika berjaya melepasi paras tersebut, harga akan menuju ke paras resistance 112.393 (MagicR2). Seterusnya jika harga masih mengekalkan momentum kenaikannya, harga berkemungkinan menuju ke paras yang lebih tinggi iaitu pada resistance 112.625 (MagicR3).
Ikuti perkembangan perang dagang antara AS-China yang banyak memberi kesan terhadap sentimen semasa dalam pasaran dan juga mempengaruhi pergerakan harga bagi pasangan matawang USD/JPY ini. Gunakan indicator Moshed Magic Line untuk melihat paras-paras jangkaan kecenderungan pergerakan harga.
Paras support: 111.797, 111.565, 111.383.
Paras resistance: 112.211, 112.393, 112.625.