Pasangan matawang USD/JPY semalam gagal untuk meneruskan penurunan apabila ia tidak berjaya untuk breakout Key Support terhampir iaitu 110.10/00 lalu membuat kenaikan dan breakout Key Resistance 110.40/50.
USD/JPY telah membentuk new HH semalam dengan mencatat kenaikan hampir 75 pips. Secara teknikalnya, mood masih bullish setakat ini dan dijangkakan ia berpotensi membuat retracement penurunan sekiranya masih tidak breakout Key Resistance hari ini 111.00.
Jika bearish, target penurunan terhampir adalah sekitar Key Support iaitu 110.40 yang berpotensi membentuk new HL dan jika breakout, ia akan mencapai semula harga previous HL iaitu 110.10/00.
Jadi, hari ini penting untuk memperhatikan pergerakan semasa USD/JPY samaada ia akan breakout Key Resistance untuk terus bullish ataupun berlaku sebaliknya iaitu retrace bearish terlebih dahulu.
Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI