Pandangan teknikal untuk chart USD/JPY pada dagangan semalam, harga dilihat telah membuat Higher High yang baru namun harga gagal menembusi zon harga 114.00 dan bergerak di sekitar paras tersebut pada sesi pasaran Eropah dan New York semalam. Berdasarkan indicator Moshed Magic Line, harga telah naik melepasi paras resistance MagicR1 dan menguji paras MagicR2 di mana paras tersebut berada berdekatan dengan paras resistance 114.00.
Pada sesi pasaran Asia hari ini pula, harga telah bergerak menurun dari paras resistance 114.00 menyentuh paras Magic Pivot 113.896 hari ini dan menguji sekali lagi paras 114.00 sebelum harga telah membuat terjunan ke paras lebih rendah dari Magic Pivot dan menuju ke paras support 113.716 (MagicS1). Jika momentum penurunan yang dibuat terus dikekalkan, jangkaan harga akan turun ke paras lebih rendah ke paras support 113.527 (MagicS2). Seterusnya harga berkemungkinan akan menguji paras support 113.347 (MagicS2) yang menjadi zon tumpuan harga sebelum ini.
Namun, jika harga terus menyambung jejak kenaikan yang dibuat sejak beberapa minggu lalu, harga berkemungkinan akan naik menguji paras resistance 114.085 (MagicR1) yang berada berhampiran zon resistance 114.00 yang gagal ditembusi semalam. Dan jika harga berjaya breakout paras tersebut, paras ketinggian terbaru yang dilihat berpotensi dicapai harga adalah pada paras resistance 114.265 (MagicR2) atau seterusnya ke paras resistance yang lebih tinggi yang berada di paras 114.454 (MagicR3).
Untuk menentukan paras support dan resistance terbaik pada chart USD/JPY ini, anda boleh rujuk paras-paras yang diberikan oleh indicator Moshed Magic Line setiap hari. Kawal posisi trade anda sebaik mungkin menjelang data pekerjaan di AS yang akan dikeluarkan penhujung minggu ini.
Paras support: 113.716, 113.527, 113.347.
Paras resistance: 114.085, 114.265, 114.454.