Pergerakan harga bagi pasangan matawang USD/JPY semalam dilihat agak mendatar pada paras 112.200 yang berdekatan antara paras Magic Pivot dan juga support MagicS1. Kemudian harga telah membuat lonjakan terus ke paras resistance MagicR3 sebelum harga bergerak perlahan semula di sekitar paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line.
Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga dilihat bergerak perlahan pada awalnya dan kembali menyambung kenaikan pada lewat sesi. Harga telah melepasi paras resistance 112.686 (MagicR1) dan naik hampir menyentuh paras resistance 112.903 (MagicR2) sebelum kembali semula ke paras resistance MagicR1. Jika harga meneruskan kenaikan yang dibuat semalam, jangkaan harga akan melepasi paras resistance MagicR2 dan membuat Higher High yang baru berkemungkinan di paras resistance 113.229 (MagicR3).
Sebaliknya, jika harga mengalami kejatuhan semula, jangkaan harga bakal kembali bergerak rendah dari paras Magic Pivot 112.360 dan menguji paras support 112.433 (MagicS1) di mana paras tersebut adalah paras yang diuji harga semalam sebelum membuat lonjakan ke paras lebih tinggi. Dan seterusnya, jika harga masih bergerak menurun,paras yang dijangka akan dituju berada pada paras support 111.817 (MagicS2) yang juga merupakan paras RBS (resistance become support) sebelum ini. Jika paras RBS tersebut berjaya ditembusi harga, harga dilihat akan turun ke paras support 111.600 (MagicS3) atau membuat Lower Low yang baru di paras yang lebih rendah.
Sentimen semasa yang agak bercelaru meningkatkan kebimbangan ke atas pelabur dan pemain dalam pasaran. Sila kawal posisi trade anda sebaik mungkin dan jadikan indicator Moshed Magic Line sebagai rujukan dalam analisis teknikal anda.
Paras support: 112.143, 111.817, 111.600.
Paras resistance: 112.686, 112.903, 113.229.