Sentimen pasaran yang tidak menentu menjejaskan perjalanan matawang safe-haven terutamanya dollar USD dan juga Yen. Dapat kita lihat pada pergerakan harga di chart pasangan matawang USD/JPY pada dagangan semalam di mana harga yang cuba membuat penurunan kemudiannya bergerak mendatar pada paras Magic Pivot sehingga dagangan sesi New York ditutup. Dengan perkembangan positif Brexit dan juga perang dagang yang kembali reda, matawang safe-haven tidak akan menjadi pilihan pelabur buat masa ini dan dengan itu kedua-dua matawang tersebut dijangka akan kekal bergerak lemah dan perlahan.
Namun, pada sesi pasaran Asia, harga yang bergerak di sekitar paras Magic Pivot 112.969 hari ini kemudiannya menunjukkan penurunan harga dan mencecah ke paras support 112.814 (MagicS1) menjelang pembukaan sesi pasaran Eropah. Jika harga terus menyambung penurunan ke paras lebih rendah, harga bakal menguji paras support 112.721 (MagicS2) yang menjadi paras tumpuan harga pada chart USD/JPY. Jika harga masih berjaya menembusi paras tersebut, jangkaan penurunan harga seterusnya akan menuju pula ke paras support sekitar 112.566 (MagicS3).
Sebaliknya, jika harga kembali membuat kenaikan semula, harga berkemungkinan akan melepasi paras resistance yang terhampir iaitu pada 113.062 (MagicR1) sebelum harga menuju pula ke paras resistance pada 113.217 (MagicR2) selepas berjaya mengatasi paras ketinggian harga pada dagangan semalam. Kenaikan harga yang masih berterusan bakal melihatkan harga mencapai paras ketinggian yang baru pada resistance 113.310 (MagicR3).
Terus beri tumpuan kepada isu-isu global utama dalam pasaran semasa yang memberi kesan kepada perubahan pada sentimen dalam pasaran. Kawal dagangan penghujung minggu ini dengan melihat paras-paras yang menjadi tumpuan harga pada chart USD/JPY berpandukan pada indicator Moshed Magic Line.
Paras support: 112.814, 112.721, 112.566.
Paras resistance: 113.062, 113.217, 113.310.
Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI