Matawang safe-haven USD dan Yen terus menunjukkan pengukuhan nilainya pada sesi dagangan Isnin semalam sebagai permulaan yang positif untuk dagangan minggu ini. Namun begitu, matawang USD dilihat lebih mendominasi berbanding Yen dengan sokongan daripada data domestik seperti jualan runcit yang memberangsangkan dengan peningkatan terhadap jualan Black Friday. Oleh itu, jika diteliti pergerakan harga pada chart pasangan matawang USD/JPY, harga telah membuat kenaikan hampir 80 pips dari paras Magic Pivot semalam sehingga melepasi ketiga-tiga resistance pada indicator Moshed Magic Line dan mencapai paras ketinggian yang baru sekitar 113.640 pada penghujung sesi pasaran New York.
Pada sesi pasaran Asia pagi ini, harga dilihat menunjukkan sedikit penurunan dan menuju ke paras Magic Pivot 113.354 hari ini. Namun jika harga kembali meneruskan momentum kenaikan harga semalam, jangkaan harga akan menuju ke paras resistance 113.841 (MagicR1) selepas berjaya melepasi paras SBR (support become resistance) di paras 113.700. Seterusnya, harga dilihat akan menguji pula zon ketinggian harga pada chart USD/JPY sekitar paras 114.130 (MagicR2) sebelum lonjakan yang berjaya dilakukan oleh harga bakal melihatkan paras ketinggian baru dicatatkan berkemungkinan di sekitar 114.617 (MagicR3).
Namun, jika Yen berjaya mengukuh berbanding USD, harga berkemungkinan akan membuat penurunan semula melepasi paras Magic Pivot dan menuju ke zon RBS (resistance become support) di paras 113.065 (MagicS1). Kemudiannya, harga yang berjaya breakout paras tersebut dilihat akan menuju pula ke paras support 112.578 (MagicS3) sebelum penurunan yang masih diteruskan akan menyaksikan harga menguji zon major support USD/JPY di paras resistance 112.289 (MagicS3).
Terus ikuti perkembangan perang dagang dan isu global yang mempengaruhi sentimen dalam pasaran semasa khususnya. Sentiasa mengawal risiko dalam setiap posisi dagangan anda dan untuk analisis teknikal, jadikan indicator Moshed Magic Line sebagai rujukan tambahan untuk memantapkan lagi teknik dagangan anda.
Paras support: 113.065, 112.578, 112.289.
Paras resistance: 113.841, 114.130, 114.617.
Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI