Matawang Yen kembali memberi tekanan terhadap dollar USD selepas mendapat kelebihan atas faktor permintaan pelabur terhadap matawang safe-haven dalam suasana pasaran yang kembali dilihat berisiko. Ini adalah berikutan daripada ketegangan perang dagang yang kembali meningkat di antara AS-China dan akan menjejaskan pelaksanaan gencatan perdagangan 90 hari mereka dalam rundingan sebelum ini. Pergerakan harga pada pasangan matawang safe-haven USD/JPY dilihat kembali menunjukkan penurunan untuk sesi dagangan semalam dan turun lebih rendah dari paras Magic Pivot sehingga mencecah paras support MagicS1 pada indicator Moshed Magic Line semalam. Namun harga dilihat kembali pantul semula ke paras Magic Pivot pada penghujung sesi pasaran New York sebelum menutup dagangan di paras sekitarnya.
Pada sesi pasaran Asia pagi ini pula, harga yang dilihat memulakan dagangan di sekitar paras Magic Pivot 110.908 hari ini kembali membuat penurunan sebelum bergerak mendatar di atas paras support 110.482 (MagicS1). Jika harga dilihat terus menyambung penurunan ke paras lebih rendah lagi, jangkaan destinasi penurunan harga seterusnya bakal menguji paras 110.015 (MagicR2) iaitu paras support yang diuji pada dagangan Ogos lalu namun gagal ditembusi. Jika harga berjaya breakout paras tersebut, paras tumpuan harga seterusnya dijangka berada di sekitar 109.589 (MagicS3).
Namun, jika harga kembali membuat kenaikan semula melepasi paras Magic Pivot hari ini, harga bakal menguji paras resistance 111.375 (MagicR2) yang telah diuji sejak minggu lalu. Jika harga berjaya lepasi kenaikan lebih tinggi dari paras tersebut, paras tumpuan harga seterusnya yang dijangka bakal dituju harga adalah pada resistance 111.801 (MagicR2). Dan seterusnya, harga bakal menjadikan paras 112.268 (MagicR3) sebagai paras tumpuan jika kenaikan harga masih berjaya diteruskan.
Sentiasa mengikuti perkembangan pada isu perang dagang dan kesihatan ekonomi global jika anda ingin terus memantau pergerakan harga pada chart pasangan matawang USD/JPY. Terus jadikan indicator Moshed Magic Line sebagai indicator tambahan tetap pada chart anda untuk mendapatkan analisis teknikal yang lebih jelas dan berkualiti.
Paras support: 110.482, 110.015, 109.589.
Paras resistance: 111.375, 111.801, 112.268.
Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI