Matawang China, yuan didagangkan rendah sendikit berbanding US dolar pada 6.5295 berbanding bacaan tertinggi harian pada 6.5345 .
Hal ini disebabkan data inflasi China yang tersasar daripada jangkaan penganalisis. Berdasarkan kiraan tahunan, bacaan inflasi CPI jatuh kepada 1.8% berbanding jangkaan 1.9%.
Berdasarkan kiraan bulanan, data CPI pada bulan Disember naik 0.3% berbanding jangkaan pada 0.4%.
Manakala laporan Producer Price Index (PPI) naik kepada bacaan 4.9% pada bulan Disember berbanding jangkaan pada 4.8%.
Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang lain menyusut sebanyak 0.05% kepada 92.18 setakat jam 12.20 p.m