Bagunan komersial yang terletak Tokyo, Jepun bernilai $6 juta kini akan dijual dengan menggunakan bitcoin. Sebanyak 547 bitcoin diperlukan bagi menanggung jumlah kos jualan.
Syarikat hartanah Jepun, Yitanzi merupakan syarikat yang pertama yang menjalakan dagangan hartanah dengan menggunakan matawang crypto. Berdasarkan temuduga sidang akhbar, syarikat Yitanzi mengambil keputusan yang berisiko ini atas beberapa alasan.
Menurut syarikat Yitanzi, kini banyak pelabur matawang crypto sudah mula berminat dengan pasaran hartanah.
Penawaran perkhidmatan ini akan dapat mendatangkan manfaat kedua belah pihak.
Syarikat Yitanzi berpendapat, penjualan bangunan menggunakan matawang crypto ini bukanlah yang terakhir. Buat masa sekarang, syarikat Yitanzi belum memiliki rencana untuk menerima matawang crypto lain selain Bitcoin.
Dapatkan siri belajar jana “INCOME DARI CRYPTO” yang akan ditunjukkan kepada anda step by step. https://belajar.moshed.com/crypto/