Bank Negara telah memasukkan Kazuki Coin ke dalam senarai syarikat dan laman web yang tidak mendapat autoriti dan pengiktirafan di bawah undang-undang dan regulasi Bank Negara Malaysia (BNM).
Dalam kenyataan yang dikeluarkan di lama web rasminya, Bank Negara berkata Kazuki Coin adalah entiti terbaru yang disenaraikan bersama 419 syarikat yang lain.
Berdasarkan pemeriksaan di laman sosial facebook, Kazuki Coin mendakwa ia adalaha matawang-crypto era baru. Ia turut melabelkan matawang itu sebagai “matawang-crypto terbaik”.
Pihak pengurusan Kazuki Coin menyatakan bahawa semua transaksi yang diuruskan oleh Kazuki Management adalah selamat dan boleh dipercayai.
Ada juga penyokong dan penyimpan Kazuki Coin yang mendakwa ia adalah matawang-crypto yang akan menggantikan Bitcoin sebagai matawang digital masa depan.