Pada 11 Mac 2018, syarikat pertukaran matawang crypto Binance telah menawarkan $250,000 sebagai ganjaran kepada mereka yang berjaya menangkap penggodam yang telibat dalam kejadian baru-baru ini iaitu pada 7 Mac.
Berdasarkan pengumuman tersebut, orang pertama yang dapat memberi maklumat yang membolehkan penggodam tersebut ditangkap bawah akta undang-undang akan menerima ganjaran $250,000 dalam bentuk matawang crypto Binance atau lebih tepat Binance Coin (BNB). Jika terdapat beberapa sumber maklumat dan maklumat tersebut dapat membawa kepada penangkapan, maka ganjaran tersebut akan dibahagikan.
Dalam kenyataan tersebut, Binance menekankan kepentingan komuniti crypto membendung daripada perilaku jenayah dan etika yang tidak sihat.
Seperti yang disebutkan oleh kenyataan binance, untuk memastikan komuniti crypto selamat, kita tidak boleh hanya bertahan. Kita harus membendung segala jenaya cyber sebelum kejadian tidak diingini berlaku. Walaupun tindakan ingin menggodam Binance pada 7 Mac gagal tetapi sangat jelas ia dilakukan dalam skala besar dan berstruktur.
Binance dalam masa yang sama telah mempertuntukan sebanyak $10 juta untuk masa akan datang bagi membendung masalah jenayah cyber.
Harga bitcoin kini berada pada paras harga $9,459.50 seunit setakat jam 11.50 pagi dan harga Binance coin adalah pada paras $8.20 seunit.