Harga matawang digital Bitcoin menghampiri paras harga $10,000 pada Rabu selepas merekodkan kenaikan 11%. Kenaikan ini dilihat sebagai satu pemulihan harga daripada kejatuhan besar awal bulan ini.
Bitcoin didagangkan pada harga $9,903 di pusat tukaran Bitfinex, naik 12.24% setakat pada hari Khamis. Ini adalah paras tertinggi yang pernah dicapai sejak 1 Februari lalu.
Harga Bitcoin naik sehingga 19% sejak minggu lalu selepas jatuh ke paras terendah dua bulan lalu di bawah $6,000 pada 6 Februari.
Harga matawang-crypto jatuh mendadak pada awal tahun ini apabila pasaran matawang digital tertekan oleh regulasi kerajaan dan juga halangan pembelian menggunakan kad kredit oleh bank-bank terkemuka dunia.
Selain daripada itu, pasaran matawang-crypto juga diragui berikutan potensi manipulasi harga yang melibatkan pusat tukaran Bitfinex dan matawang digital Theter.
Namun, sentimen pasaran semakin pulih selepas Korea Selatan menunjukkan isyarat positif yang membenarkan dagangan matawang-crypto di negara itu. Ia sekaligus melegakan sebahagian besar pelabur di Korea Selatan yang juga antara pemegang matawang-crypto terbesar dunia.
Majoriti matawang-crypto 100 teratas di CoinMarketcap membuat kenaikan sejak Rabu termasuklah Ripple, Ethereum, Neo, Eos, Tron, dan lain-lain.
Paling banyak meraih keuntungan adalah Litecoin, sehingga naik ke tangga ke-lima mengambil tempat Cardano, menurut CoinMarketcap.
Dapatkan siri belajar jana “INCOME DARI CRYPTO” yang akan ditunjukkan kepada anda step by step. https://belajar.moshed.com/crypto/