Dalam pengumuman polisi terbaharu oleh Bank Negara Malaysia (BNM) petang tadi, bank pusat memperkenalkan polisi baru bagi mengawal aktiviti dagangan matawang crypto. Antaranya adalah ketegasan BNM tentang identiti pengamal matawang digital di Malaysia.
Reporting Institution seperti Luno perlu mengenal pasti dan mengesahkan identiti pelanggannya menggunakan dokumen yang boleh dipercayai.
Berikut adalah keperluan kepada pusat tukaran seperti Luno seperti yang dikeluarkan oleh BNM pada Selasa:
Berikut pula adalah maklumat yang perlu diambil oleh Reporting Institution seperti Luno terhadap pelanggan-pelanggan mereka:
Bank pusat Malaysia ini pada Selasa mengeluarkan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan bagi Matawang Digital (Bahagian 6) untuk memerangi jenayah kolar putih yang melibatkan matawang digital.
BNM sekali lagi menegaskan matawang crypto bukan ‘legal tender’ atau matawang yang sah diperlakukan dengan nilai di Malaysia. BNM menasihati orang awam supaya mengkaji risiko sebelum melibatkan diri dalam matawang tersebut.
Polisi terbaru yang dibuat itu selepas Bank Negara mendapat ‘feedback’ daripada orang awam sejak 14 Disember lepas. Polisi ini adalah bagi memastikan keberkesanan langkah yang diambil terhadap penggubahan wang haram dan pembiayaan keganasan yang berkaitan dengan matawang digital.
Dari segi dagangan matawang digital, BNM mengatakan telah menerima ‘feedback’ daripada wakil bursa matawang crypto, industri perbankan, firma undang-undang, dan ahli akademik dan juga termasuklah individu.