US dollar meneruskan kelemahannya pada sesi Eropah dan kekal lemah menjelang pembukaan pasaran New York dan menjadi matawang paling lemah setakat ini. Kejatuhan US dollar hari ini memberi manfaat kepada permintaan terhadap komoditi sekaligus telah menyokong matawang komoditi seperti AUD.
Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding beberapa matawang lain membuat kejatuhan sebanyak 0.46% setakat pada pukul 8.27 malam.
Major pair seperti EUR/USD setakat ini naik 0.16% dengan GBP/USD naik 0.39%. USD/JPY setakat ini pula susut 0.19%, USD/CAD susut 0.17% dengan USD/CHF jatuh 0.10%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing menguat sebanyak 0.79% dan 0.43% setakat ini.
Matawang paling kuat setakat ini AUD dan matawang paling lemah JPY dan USD. Dengan menggabungkan matawang paling kuat dan lemah, pair AUD/JPY dan AUD/USD merekodkan kenaikan sebanyak 0.79% dan 0.55%.
Data penting yang dikeluarkan pada sesi Eropah adalah laporan indeks PMI sektor pembuatan UK yang meningkat kepada bacaan tertinggi enam bulan yang lalu iaitu 53.1 dari 52.5 sebelum ini.
Pasaran komoditi membuat pemulihan secara keseluruhan selepas berhadapan tekanan pada Isnin. Disebabkan kejatuhan komoditi semalam disebabkan oleh pengukuhan US dollar, oleh itu kenaikan harga komoditi pada hari ini juga disumbangkan oleh kelemahan matawang ini.