Matawang AUD (Aussie dolar) menguat dalam sesi Eropah pada Isnin terutamanya berbanding US dolar berikutan penutupan kerajaan Amerika Syarikat dan kini melemah semula sejak sesi Asia pada Selasa.
Minggu lalu, AUD/USD berjaya membuat kenaikan dari 0.7923 kepada 0.8002 sehingga mencapai paras tertinggi pada Jumaat di 0.8035 pada Jumaat. Ini adalah kali pertama AUD/USD berjaya mencapai paras harga 0.80 sejak September 2017. Tidak dinafikan pengukuhan AUD ini lebih kepada kelemahan US dolar yang disebabkan ketidaktentuan politik AS.
Namun, terdapat kelemahan mendadak AUD berbanding US dolar sejak awal sesi Asia pada Selasa selepas dengan kerajaan AS akan dibuka semula sepenuhnya hari ini.
AUD/USD setakat ini telah jatuh 0.56% setakat pukul 5.32 petang pada.
Jika dilihat secara keseluruhan pergerakan AUD/USD sejak minggu lalu, ia lebih banyak dipengaruhi oleh kelemahan US dolar dan bukannya pengukuhan asas ekonomi Australia. Oleh sebab itu, pasangan matawang itu menjunam sejak pagi tadi berikutan kelulusan perbelanjaan sementara AS.
Faktor utama selain daripada itu adalah kejatuhan harga kuprum (copper) yang mendadak sejak tiga jam lepas sekaligus menambah tekanan kepada matawang AUD. Aussie dolar ketika ini dilihat melemah berbanding matawang-matawang utama yang lain termasuk Yen, Euro, dan GBP.