Penanda aras utama minyak mentah dunia WTI (West Texas Intermediate) berjaya mencapai paras tertinggi lewat tahun 2014 buat pertama kali pada Selasa dan melepasi paras harga $75 setong.
Harga minyak mentah terus membuat kenaikan yang banyak disokong oleh usaha negara pengeluar OPEC dan bukan-OPEC dalam pengurangan bekalan sejak awal tahun 2017.
Minyak mentah Brent setakat ini didagang di sekitar $78.25 setong naik dari paras terendah minggu lalu iaitu $73.96. Manakala minyak WTI (West Texas Intermediate) kini didagang di sekitar $75.02 naik dari paras terendah minggu lalu iaitu $67.78 setong.
Rancangan pemotongan bekalan antara pengeluar OPEC dan Russia bermula sejak tahun 2017 bagi mengimbangi semula bekalan minyak mentah dunia. Untuk rekod, harga minyak begitu tertekan sehingga jatuh kepada harga $30 setong pada awal tahun 2016.
Sejak awal pemotongan bekalan yang dibuat pada tahun lepas, harga minyak mentah membuat kenaikan secara beransur-ansur sehinggalah kini komoditi hitam melepasi harga $75 setong.