Matawang NZD pada masa ini menjadi matawang ketiga paling lemah selepas menjadi matawang terkuat sepanjang minggu lalu. Seperti matawang Aussie (AUD), Kiwi juga banyak digerakkan oleh sentimen berisiko pasaran.
Pada mulanya Kiwi memulakan dagangan dengan positif berikutan sentimen pasaran yang baik. US dollar juga membuat penurunan pada hari Isnin dan menjadi faktor tambahan kepada kenaikan matawang NZD pada hari tersebut.
NZD mula membuat penurunan pada sesi Asia hari Selasa walaupun keadaan masih baik ketika itu. Kejatuhan mendadak bermula apabila tersebarnya berita bahawa Amerika Syarikat akan mengenakan tariff terhadap $200 billion produk import dari China.
NZD mula tertekan pada Selasa dan berlarutan sehingga hari Rabu.
Pentadbiran Trump pada Selasa berkata akan mengenakan tariff terhadap $200 billion produk import dari China sekaligus meningkatkan semula kebimbangan tercetusnya perang perdagangan berskala besar antara AS-China.
Pasaran saham global juga beralih kepada negatif pada Rabu sekaligus menyebabkan kelemahan NZD berterusan pada hari tersebut. Dengan pengukuhan US dollar, dan kejatuhan harga komoditi telah menyebabkan matawang berkadar faedah tinggi seperti AUD dan NZD begitu tertekan.
Kiwi dan Aussie membuat pemulihan pada Khamis dengan pasaran sedikit reda daripada kebimbangan perang perdagangan selepas ancaman tariff AS sebanyak $200 billion. Buktinya dilihat kepada peningkatan indeks utama saham Asia berikutan laporan rundingan semula perdagangan AS-China.
Walaubagaimanapun, sentimen berisiko mendominasi pasaran pada Jumaat dan menyebabkan matawang NZD dan AUD tertekan.