Kementerian Perdagangan China pada Khamis berkata ia akan memantau dengan teliti dasar U.S. terutamanya dalam pelaburan dalaman dan China juga menzahirkan penentangan terhadap US yang menggunakan keselamatan negara sebagai alasan untuk menyekat pelaburan asing.
Presiden A.S. Donald Trump pada hari Rabu berkata beliau akan menggunakan proses semakan keselamatan nasional yang diperkuatkan untuk menggagalkan pengambilalihan China terhadap industri teknologi Amerika yang sensitif. Pendekan ini lebih longgar daripada mengenakan sekatan terhadap pelaburan khusus China.
Jabatan Perbendaharaan A.S. telah mencadangkan Trump menggunakan Jawatankuasa Pelaburan Asing di Amerika Syarikat (CFIUS), dimana kuasa pihak autoriti akan ditingkatkan di bawah undang-undang baru di Kongres, untuk mengendalikan transaksi pelaburan.
“China akan memantau proses undang-undang tersebut dan menilai potensi impaknya terhadap syarikat-syarikat China,” kata jurucakap kementerian perdagangan China Gao Feng.
“China tidak bersetuju dengan (U.S.) mengetatkan syarat pelaburan asing menggunakan keselamatan negara sebagai alasan,” katanya.
Sekatan pelaburan yang dicadangkan adalah sebahagian daripada usaha pentadbiran Trump untuk menekan Beijing daripada membuat perubahan besar pada perdagangan, pemindahan teknologi dan dasar subsidi industri selepas aduan US yang mengatakan China telah memperolehi harta intelektual Amerika secara tidak adil melalui keperluan usaha sama, pelesenan yang tidak adil dan pengambilalihan strategik Firma teknologi AS.
Kementerian Perdagangan Gao juga berkata kerjasama antara China dan Eropah akan membawa penambah baikan dalam ekonomi global kerana kedua-dua pihak menentang bantahan unilateralisme dan proteksionisme.
Walaubagaimanapun, pada Isnin, Perdana Menteri China Li Keqiang berkata perselisihan antara China dan Amerika Syarikat dapat diselesaikan melalui rundingan.