Matawang US dollar adalah matawang kedua yang paling banyak merekodkan kejatuhan pada minggu lalu. Majoriti pair US dollar membuat kenaikan pada mulanya, menjunam dan cuba membuat pemulihan pada Jumaat.
Sebenarnya tiada pemangkin jelas yang menyokong kenaikan greenback pada dua hari tersebut dan penganalisis percaya ini disebabkan peningkatan permintaan terhadap matawang safe-haven yang mana US dollar juga adalah salah satu matawang safe-haven selain Yen dan CHF. Peningkatan permintaan safe-haven pada awal minggu lalu adalah berikutan ketidaktentuan politik Itali dan Sepanyol.
Hal ini lebih jelas dilihat apabila US dollar dilihat hanya melemah berbanding Yen dan CHF iaitu dua matawang safe-haven utama dunia.
US dollar mula dijual pada Rabu disebabkan pemulihan matawang Euro berikutan usaha rundingan terus dijalankan bagi membentuk kerajaan Itali.
Matawang US dollar bergerak sideway pada Khamis dengan Yen melonjak secara tiba-tiba pada hari tersebut disebabkan pengumuman Amerika yang mengenakan tariff keluli dan aluminium terhadap Kanada, Mexico dan EU.
Data NFP yang dikeluarkan pada Jumaat begitu memberangsangkan dengan ketiga-tiga data pekerjaan melebihi jangkaan pasaran. Walaubagaimanapun, matawang US dollar dilihat menguat sebelum data ini dikeluarkan disebabkan tweet Trump di Twitter menunjukkan isyarat data yang positif.
Walaupun dengan data yang begitu memberangsangkan, tetapi US dollar gagal menguat disebabkan pasaran telah menyerap (priced-in) apa yang telah diperkatakan Trump sebelum data dikeluarkan. Hasilnya, US dollar melemah selepas data dikeluarkan yang sesuai disebut sebagai situasi ‘buy the rumor sell the fact’.