Bursa Asia dibuka lemah pada awal sesi perdagangan hari ini. Hal yang sama juga berlaku dalam bursa saham Amerika Syarikat apabila bursa US juga ditutup lemah pada sesi dagangan hari Jumaat berikutan jualan besar-besaran bon minggu lalu.
Indeks Dow Jones, S&P 500 dan Nasdaq masing-masing mengalami kejatuhan sebanyak 2.54%, 2.12%, dan 1.96%.
Indeks Australia ASX 200 jatuh 1.31% pada awal sesi perdagangan. Sektor kewangan dan tenaga paling tertekan, masing-masing jatuh 1.07% dan 2.14%. Perbankan seperti Commonwealth Bank , Westpac dan National Australia Bank mengalami kejatuhan.
Menurut penganalisis kejatuhan saham US telah menekan bursa saham lain di seluruh dunia.
Indeks Jepun, Nikkein 225, jatuh 2.06% pada awal sesi perdagangan. Hal yang sama juga berlaku pada indeks saham Topix dan indeks Kospi Korea Selatan.
Bursa Malaysia juga dibuka rendah pagi ini berikutan terkesan dengan kejatuhan saham di Wall Street.