Kejatuhan pasaran saham yang bermula dari Amerika Syarikat pada Rabu nampaknya berterusan ke pasaran Asia pada Khamis dengan indeks utama Jepun, Hong Kong dan China jatuh sehingga lebih daripada tiga peratus.
“Ia cuma permulaan,” kata Banny Lam, ketua kajiselidik di CEB International Investment Corp. “Bubble dalam industri teknologi Amerika Syarikat mengambil sedikit masa untuk pecah dan kita juga berhadapan dengan ketidaktentuan yang lain termasuk perang dagang, risiko matawang negara baru membangun dan harga minyak. Dan pasaran perlu juga meneliti pergerakan Yuan.”
Pasaran saham global didagangkan negatif secara keseluruhan dari Amerika Syarikat ke London, Eropah sehinggalah Asia. Tiga indeks utama Wallstreet S&P500, Dow Jones dan Nasdaq masing-masing meleset sebanyak -3.29%, -3.15% dan -4.08%.
Ada juga penganalisis berpendapat situasi sekarang akan menjadi lebih buruk sebelum pulih semula. Buat masa ini penganalisis di AMP Capital tidak bercadang untuk membeli pada harga rendah yang menunjukkan ramalan mereka saham global mungkin akan menyambung penurunan.
Majoriti penganalisis melihat hubungan AS-China yang semakin tegang menyumbang kepada volatility (turun-naik) pasaran yang semakin tinggi di masa hadapan.