US dollar jatuh berbanding matawang-matawang utama dunia pada Selasa selepas laporan bahawa Korea Utara bersetuju untuk rundingan bulan depan. Berita terbaru ini sedikit melegakan ketegangan di Semenanjung Korea.
Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang utama yang lain jatuh sehingga 0.50% setakat pukul 10.16 malam.
Ketegangan dilihat semakin reda antara Korea Selatan dan Korea Utara sehingga mencetuskan sentimen ‘risk-on‘ dalam pasaran.
Antara yang menjadi perhatian pasaran adalah kesediaan Korea Utara untuk menghentikan program nuklear dan bersetuju untuk menggantung semua ujian senjata semasa perhimpunan pada April.
Sentimen pasaran juga disokong oleh kebimbangan yang semakin berkurangan terhadap risiko ‘perang perdagangan’ antara Amerika Syarikat dan rakan dagang utamanya. Pasaran melihat tariff yang dirancang oleh AS hanyala taktik dalam rundingan NAFTA bersama Kanada dan Mexico. Trump mengatakan, kedua-dua negara itu akan dikecualikan daripada tariff jika mereka bersetuju dengan perjanjian baru NAFTA.
Pair EUR/USD setakat pada pukul 10.28 malam membuat kenaikan sehingga 50 pip sejak pukul 7 petang pada Selasa. Kedua-dua matawang yang juga sensitif dengan risiko pasaran iaitu NZD dan AUD membuat kenaikan selepas laporan positif daripada Korea.
Kenapa US Dolar jatuh?
Bloomberg melaporkan bahawa Kesatuan Eropah (EU) juga merancang untuk mengenakan cukai import kepada Amerika Syarikat sebagai tindakbalas tariff keluli dan aluminium oleh Trump. Kesatuan Eropah adalah satu blok ekonomi terbesar dunia dan sekatan perdagangan oleh EU adalah lebih besar berbanding apa yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.
Ini adalah sebab utama yang boleh kita ambil sebagai penyebab kepada kejatuhan US dolar.