Laporan imbangan dagangan New Zealand menunjukkan rekod yang cemerlang. Berdasarkan laporan, New Zealand mencatat lebihan sebanyak NZ$640 million dalam imbangan dagangan pada bulan Disember.
Eksport bulan Disember naik 26% kepada NZ$5.55 billion. Bacaan ini melebihi jangkaan penganalisis dan bacaan bulan sebelumnya. Import pula naik kepada NZ$4.91 billion pada bulan Disember.
Berdasarkan kiraan tahunan, eksport negara mencatat paras tertinggi pada tahun 2017, dengan China sebagai rakan dagang terbesar.
Eksport tahunan mencatat $53.7 billionn pada tahun 2017, naik 11% daripada tahun 2016.
Hampir separuh eksport barangan dieksport ke China. China telah menjadi rakan dagang terbesar sejak 2013 mengatasi Australia.
Import juga mencatat peningkatan iaitu sebanyak 9.4% kepada $56.5 billion pada tahun 2017. Hal ini menyebabkan New Zealand mencatat defisit dalam imbangan dagangan pada tahun 2017.