Matawang US dollar melemah selepas data NFP dikeluarkan pada pukul 8.30 malam tadi dengan kombinasi tiga data pekerjaan yang agak kurang memberangsangkan. Pair USD/JPY membuat kejatuhan sejurus data dikeluarkan.
Apa yang menyebabkan kelemahan US dollar? Data NFP menunjukkan tambahan pekerjaan di Amerika Syarikat sebanyak 157,000 pada bulan Julai kurang daripada jangkaan, menurut laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Buruh A.S. Pasaran menjangka tambahan sebanyak 191,000 pekerjaan dengan kadar gaji (Average Earnings) merekodkan bacaan sejajar dengan jangkaan pasaran.
Data yang lebih penting iaitu kadar gaji (Average Hourly Earnings) meningkat 0.3% menepati jangkaan pasaran.
Manakala satu lagi data iaitu kadar pengangguran juga merekodkan bacaan 3.9% yang sejajar dengan jangkaan pasaran.
Dengan data tumpuan Average earnings, kadar pengangguran yang menepati jangkaan pasaran, dan tambahan pekerjaan yang meleset dari jangkaan pasaran – Ia dijangka tidak banyak memberi kesan kepada kelemahan US dollar, dengan USD/JPY hanya jatuh 17 pip setakat ini sejak pukul 8.30 malam.