Sebuah firma forensik matawang crypto iaitu Yayasan Pertahanan Demokarsi(FDD), Pusat Sekatan dan Kewangan Haram dan juga Elliptic telah mengeluarkan satu laporan bahawa berlakunya aktiviti pengubahan bitcoin untuk perdagangan pasaran gelap dan aktiviti haram seperti dadah adalah satu perancangan yang sangat teliti dan terancang ketika ini.
Menurut laporan oleh Yaya Fanusi dan Dr. Tom Robinson – kebanyakan Bitcoin haram telah dicuci melalui satu kaedah iaitu ‘mixer’(proses mengunakan perkhidmatan pihak ketiga untuk memecahkan sambungan antara address bitcoin untuk penghantaran dan juga address yang diterima kepada mereka).
Kata mudahnya, menyediakan perkhidmatan menukar bitcoin kepada yang lain dengan mencampurkan(mixed) bitcoin seseorang dengan bitcoin orang lain untuk mengelirukan transaksi sumber asal bitcoin tersebut. Jadi, dengan kaedah tersebut ia tidak boleh dikaitkan dengan pemilik asal. Proses ini sama dengan pencucian wang.
‘Mixer secara konsisten memproses kira-kira ¼ daripada bitcoin haram setiap tahun. Peratusan bitcoin yang dicuci melalui pertukaran dan perjudian meningkat secara mendadak dari 66 hingga 72 peratus setakat ini. Selain itu, bitcoin exchanger juga memproses 45 peratus daripada bitcoin yang dicuci tersebut yang diperoleh melalui aktiviti haram’.
Metropolitan Bank yang merupakan bank kedua terbesar di Filipina baru-baru ini telah menghentikan pemindahan dana melalui ’wire transfers’ untuk matawang crypto disebabkan peningkatan risiko pengubahan wang haram dan aktiviti haram lain yang dilakukan melalui transaksi bitcoin.
Pada masa yang sama, China juga telah berusaha untuk menutup laman web ‘Exchanger’ untuk pertukaran bitcoin yang disyaki terlibat dalam pengubahan haram untuk bitcoin. Jadi, dengan keadaaan yang membimbangkan ini, kawalan dan sekatan telah dipertingkatkan untuk mengelakkan ia berlaku.