US dolar bergerak lebih tinggi berbanding mata wang utama yang lain pada hari Rabu, tetapi kenaikan adalah terhad disebabkan data inflasi yang kurang memberangsangkan. Selian itu, pasaran masih bimbang dengan ketidakstabilan politik selepas Presiden Trump memecat rex Tillerson.
Indeks US dolar mengukuh sebanyak 0.12% berbanding enam matawang utama sehingga ke paras 89.79 setakat pada pukul 6.49 petang.
US dolar berakhir lebih rendah dalam sesi dagangan sebelum ini selepas data harga pengguna (CPI) A.S. kekal pada bulan Februari. Ini menunjukkan bahawa FED mungkin akan meningkatkan kadar faedah lebih perlahan daripada apa yang dijangka oleh pasaran.
Data inflasi ini dikeluarkan selepas laporan pekerjaan minggu lepas menunjukkan pertumbuhan upah yang rendah sekaligus mengurangkan potensi kenaikan inflasi di masa akan datang.
Sesetengah pelabur membuat spekulasi bahawa data inflasi yang kukuh boleh mendorong Fed untuk meningkatkan kadar faedah lebih daripada jangkaan tiga kali sebelum ini.
Fed akan mengadakan mesyuarat dasar selama dua hari mulai Selasa depan di mana bank pusat dijangka menaikkan kadar faedahnya buat pertama kali tahun ini.
Dolar kini tertekan selepas Presiden A.S. Donald Trump memecat Setiausaha Negara Rex Tillerson pada hari Selasa, menggantikannya dengan Pengarah Badan Perisikan Pusat (CIA) Mike Pompeo. Berita itu telah menjejaskan keyakinan pelabur terhadap mata wang US dolar.
Matawang Yen telah mengalami tekanan sejak awal minggu di mana skandal kronisme yang dikaitkan dengan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dan isterinya yang melibatkan penjualan tanah awam. Skandal itu menimbulkan kebimbangan terhadap keupayaan Abe untuk meneruskan dasar Abenomics, termasuk pelonggaran monetari yang aggresif. Hal ini kerana parti Shinzo Abe (Liberal Demokratik) akan mengadakan pemilihan ketua parti pada bulan September tahun ini.