Matawang US dollar menguat berbanding matawang-matawang utama yang lain pada awal sesi New York hari Jumaat. US dollar dilihat menguat semula walaupun laporan minit mesyuarat pada Khamis menunjukkan tiada keperluan untuk terburu-buru menaikkan kadar faedah The Fed. Matawang US dollar dilihat menguat semula selepas kebimbangan terhadap risiko geopolitik AS-Korea Utara beransur pulih dengan respon terbaru Jong-Un.
Korea Utara menyatakan bahawa mereka terbuka untuk menyelesaikan isu dengan Amerika Syarikat selepas Presiden Trump membatalkan pertemuan pada Jun bersama Kim Jong-Un.
Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang utama yang lain naik 0.37% setakat pada pukul 9.23 malam.
Major pair EUR/USD membuat penurunan sebanyak 0.50% dengan GBP/USD susut sebanyak 0.31%. USD/JPY pula naik 0.06%, USD/CAD naik 0.64% dengan USD/CHF membuat kenaikan sebanyak 0.10%. AUD/USD dan NZD/USD masing-masing merekodkan kejatuhan 0.09% dan 0.14%.
Matawang paling kuat setakat ini adalah US dollar manakala matawang paling lemah adalah CAD dan Euro. Dengan menggabungkan matawang paling kuat dan lemah, pair USD/CAD setakat ini telah membuat kenaikan sebanyak 0.64% dan EUR/USD naik 0.50%
Ketegangan geopolitik beransur reda pada Jumaat sekaligus memberi sokongan kepada greenback. Pada akhir dagangan minggu ini, pasaran masih menunggu komen terbaru daripada Fed Powell yang berucap pada pukul 9.20 malam. Beliau dijangka akan memberikan pandangan yang lebih jelas selepas laporan minit mesyuarat FOMC pada Khamis.