Pasaran Matawang
Matawang yen mencatat penyusutan berbanding US dolar pada awal sesi dagangan Asia pada hari Selasa.
USD/JPY terkini mencatat pengukuhan sebanyak 0.04% kepada paras 106.99 setakat jam 10.30 pagi.
Gabenor Bank Pusat Jepun (BOJ), Haruhiko Kuroda mengatakan bahawa bank pusat masih jauh daripada pengetatan dasar kewangan sehinggalah ekonomi Jepun mencapai sasaran inflasi 2%.
Tumpuan pelabur kini pada lapaoran indeks teras CPI BOJ yang akan dikeluarkan pada sebelah petang hari ini.
Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang lain didagangkan rendah dengan penyusutan sebanyak 0.12% kepada 89.66 setakat jam 10.30 a.m.
Matawang AUD/USD didagangkan kukuh sebanyak 0.09% pada 0.7861. Matawang EUR/USD kukuh sebanyak 0.18% kepada 1.2340 setakat jam 10.30 pagi.
Pasaran Komoditi
Harga minyak mentah terus mengukuh 4 sesi berturut-turut sehingga Selasa. Harga minyak mentah mencatat paras tertinggi 3 minggu lalu didorong oleh terdapat indikasi lanjutan pemotongan pengeluaran minyak oleh OPEC dan non-OPEC.
Harga minyak WTI naik kepada $63.97 setong dan Brent naik kepada $67.28 setong setakat jam 10.30 a.m.
Harga emas kembali bergerak naik setelah mengalami beberapa kali penyusutan berikutan tumpuan pelabur pada testimoni gabenor the Fed.
Harga emas mula melonjak naik kepada paras harga 1,337.50 naik 0.35%.