US dollar kekal lemah menjelang pembukaan pasaran New York pada Rabu. US dollar jelas melemah berbanding Yen selepas AS-CHINA saling berbalas tindakan tariff sejak Selasa. Pasaran kekal bimbang dengan potensi Perang Perdagangan antara kedua-dua kuasa ekonomi dunia ini yang boleh menyebabkan pertumbuhan ekonomi global terbantut.
Selepas China mengumumkan pengenaan tariff kepada $50 billion produk import Amerika Syarikat pada petang tadi, Yen adalah antara matawang paling kuat pada Rabu. US dollar juga jelas lemah selepas pengumuman tersebut
USD/JPY setakat ini telah membuat penurunan sehingga 0.38% setakat pada pukul 8.48 malam, di mana matawang Jepun ini turut menguat berbanding matawang utama yang lain.
Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain susut 0.11% setakat ini.
EUR/USD ketika ini naik 0.21%, GBP/USD naik 0.07%, NZD/USD naik 0.45% dan USD/CAD naik 0.22%.
Tindakan China petang tadi mungkin diambil berikutan tindakan Amerika Syarikat yang terlebih dahulu mengumumkan pada Selasa tentang perancangan mengenakan tariff terhadap $50 billion produk import dari China.
Walaupun dengan sentimen perdagangan yang terus menghantui pergerakan pasaran forex, pelabur dan pedagang tetap akan fokus kepada data pekerjaan Amerika Syarikat pada Jumaat. Data NFP adalah data penting pada awal setiap bulan khususnya kepada retail trader dalam pasaran forex.