US dolar sedikit pulih berbanding enam matawang utama yang lain pada sesi London hari Selasa oleh kerana kebimbangan pelabur teradap perang perdagangan antara A.S dan China yang semakin reda. Matawang Yen juga melemah disebabkan kebimbangan pasaran terhadap sentimen semasa yang semakin berkurangan.
Indeks US dolar hampir tidak berubah berbanding enam matawang utama dengan hanya susut 0.01% setakat pada pukul 3.49 petang. Indeks ini hampir mencecah paras terendah yang pernah dicapai 16 Februari lalu iaitu paras harga 89.15.
Sentimen pelabur semakin pulih apabila China dan A.S. dilaporkan sedang berunding secara tertutup untuk mengurangkan defisit perdagangan khususnya terhadap Amerika Syarikat.
Setiausaha Perbendaharaan A.S. Steven Mnuchin berkata beliau berharap agar China mencapai kesepakatan untuk mengelak daripada tariff $50 bilion eksport ke A.S. Hal ini dilihat mengurangkan kebimbangan perang perdagangan gobal.
Pair USD/JPY naik sebanyak 0.08% dan mencapai kepada paras harga 105.50 setakat pada pukul 4.00 petang. Kelemahan matawang Yen bermula sejak daripada Isnin lagi dengan matawang Jepun itu dilihat melemah berbanding matawang-matawang utama yang lain.
Pair AUD/USD turun sebanyak 0.26% ke paras harga 0.7727 setakat ini. Pasaran di Australia ketika ini sedang menantikan ucapan pembantu gabenor Reserve Bank of Australia Kent di mana pelabur akan cuba mendapatkan isyarat tentang polisi monetari di masa akan datang khususnya kenaikan kadar faedah.