Matawang US dollar bergerak di sekitar paras tertinggi enam bulan yang lalu berbanding beberapa matawang utama yang lain. Peningkatan US dollar pada minggu ini banyak dipacu oleh kenaikan Hasil-Bon Amerika Syarikat yang merekodkan kenaikan empat hari berturut-turut pada Khamis.
Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang utama yang lain naik 0.16% setakat pada pukul 9.48 malam.
Major pair EUR/USD membuat penurunan sebanyak 0.12% dengan GBP/USD naik 0.02%. USD/JPY pula naik 0.33%, USD/CAD naik 0.16% dengan USD/CHF naik 0.18%. AUD/USD dan NZD/USD masing-masing merekodkan penurunan 0.15% dan 0.20%.
Matawang paling kuat setakat ini adalah USD, manakala matawang paling lemah adalah Yen. Dengan menggabungkan matawang paling kuat dan lemah, pair USD/JPY membuat kenaikan 0.33%.
Hasil-bon 10 tahun Amerika Syarikat telah menjadi faktor kenaikan kepada US dollar sejak beberapa minggu ini. Hari ini saja hasil-bon Amerika Syarikat telah mencapai paras tertinggi 3.122% iaitu yang tertinggi sejak tahun 2011.
Kelemahan Yen ketika ini lebih kepada keadaan pasaran yang baik dengan hasil-bon di Amerika Syarikat yang terus membuat kenaikan. Kenaikan hasil-bon Amerika Syarikat biasanya menyebabkan Yen melemah kerana Yen biasanya dibawa keluar untuk dilaburkan ke pasaran bon Amerika Syarikat apabila hasil meningkat tinggi.