US dollar bergerak lebih tinggi berbanding beberapa matawang utama yang lain pada Khamis selepas komen terbaru yang dikeluarkan oleh Larry Kudlow.
Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang lain naik 0.31% setakat pada pukul 9.25 malam.
EUR/USD setakat pada pukul 9.41 malam susut 0.16%, GBP/USD jatuh 0.40% dengan USD/JPY naik 0.26%.
Selepas membuat penurunan pada Rabu, US dollar menguat pada Khamis yang disokong oleh pemulihan sentimen pasaran. Pemulihan sentimen pasaran bermula pada lewat dagangan Rabu apabila penasihat ekonomi A.S. memberi komen positif tentang hubungan perdagangan dengan China. Sentimen juga pulih berikutan perhatian pasaran beralih kepada laporan pendapatan syarikat pada suku pertama 2018.
Paling jelas terkesan adalah aset safe-haven seperti Yen yang melemah selepas komen yang dibuat oleh Kudlow. Beliau berkata AS-CHINA ketika ini sedang merundingkan perdagangan dua hala.
Dalam komen terbaru Kudlow sebentar tadi beliau menjangka halangan perdagangan oleh kedua-dua pihak akan berkurangan.
Pasaran ketika ini sedang menumpukan kepada data pekerjaan Amerika Syarikat yang akan dikeluarkan pada Jumaat. Data yang sering disebut sebagai data NFP ini dijangka merekodkan bacaan yang positif terutamanya data average earnings.