Matawang US dollar bergerak mendatar sepanjang sesi Asia pada hari Isnin menjelang beberapa mesyuarat bank pusat utama pada minggu ini. Antara bank pusat yang akan bemesyuarat adalah Bank of Japan (BoJ), Federal Reserve (FED), dan Bank of England (BoE).
Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain hampir tidak berubah dengan hanya naik 0.02% setakat pada pukul 2.37 petang pada Isnin.
Major pair seperti EUR/USD setakat ini hampir tidak berubah dengan hanya naik 0.02% di mana GBP/USD naik sebanyak 0.05%. USD/JPY setakat ini pula naik sebanyak 0.04%, USD/CAD naik 0.03% dengan USD/CHF didagangkan hampir tidak berubah, naik 0.04%. Pair AUD/USD membuat penurunan 0.11%, manakala NZD/USD naik sebanyak 0.10%.
Matawang paling kuat setakat ini adalah NZD dan matawang paling lemah adalah AUD. Dengan menggabungkan matawang paling kuat dan lemah, pasangan matawang AUD/NZD membuat penurunan sehingga 0.22% setakat ini.
“Pelabur akan lebih minat untuk melihat data GDP bulan Julai yang mana tariff terhadap China bermula,” kata Masafumi Yamamoto, ketua strategi forex di Mizuho Securities Tokyo.
“Dalam masa yang sama, hasil-bon 2 tahun AS membuat kenaikan meningkatkan jangkaan kenaikan kadar faedah oleh pasaran. Ia telah mengurangkan kejatuhan US dollar walaupun pergerakan agak terhad menjelang mesyuarat BoJ,” demikian kata Yamamoto.
“Asas jangkaan kami adalah BoJ akan mengekalkan dasar. Tetapi terdapat spekulasi bahawa bank pusat akan mengubah kawalan kepada hasil-bon disebabkan keuntungan bank yang rendah dan inflasi yang rendah di Jepun,” demikian kata Elias Haddad ketua strategi matawang di Bank Commonwealth Australia.