China mencatat pertumbuhan ekonomi sebanyak 6.8% pada suku tahun keempat pada tahun 2017. Laporan data rasmi yang dikeluarkan pada hari Khamis melangkaui jangkaan penganalisis.
Penganalisis menjangkakan GDP China akan mencatat pertumbuhan sebanyak 6.7%. Pertumbuhan GDP suku tahun keempat selari dengan pertumbuhan GDP suku tahun ketiga.
Dengan ini, ekonomi kedua terbesar dunia itu mencatat pertumbuhan GDP tahunan sebanyak 6.9% mengalahkan objektif kerjaan yang mensasarkan ekonomi hanya akan bertumbuh 6.5% setahun.
Pelaburan aset tetap China pula mencatat pertumbuhan sebanyak 7.2% pada bulan Disember. Pengeluaran industri mencatat pertumbuhan sebanyak 6.2% pada bulan Disember.