• Latest
  • Trending
  • All
  • Tips Matawang
  • Isu Semasa
  • Artikel Umum
  • Kripto
  • Analisa Tajaan
  • Saham
Sebut Saja ‘Broker’ Ni, Pasti Ramai Tahu Dan Teringat Kisahnya Yang Memedihkan

Sebut Saja ‘Broker’ Ni, Pasti Ramai Tahu Dan Teringat Kisahnya Yang Memedihkan

28 November 2018
Dari Raja Industri Game Ke Syarikat Yang Bergelut

Dari Raja Industri Game Ke Syarikat Yang Bergelut

16 July 2026
Sekutu Epstein Dilantik Selaku CEO Pelabuhan Terbesar Malaysia!

Sekutu Epstein Dilantik Selaku CEO Pelabuhan Terbesar Malaysia!

16 July 2026
Dana Pelaburan KWAP RM203 Juta Kena ‘Scam’ Di Indonesia – PM Anwar

Dana Pelaburan KWAP RM203 Juta Kena ‘Scam’ Di Indonesia – PM Anwar

16 July 2026
BNM Dijangka Naikkan Kadar Faedah 

BNM Dijangka Naikkan Kadar Faedah 

16 July 2026
Ringgit Dibuka Tinggi Susulan Data Ekonomi AS Yang Lemah

Ringgit Dibuka Tinggi Susulan Data Ekonomi AS Yang Lemah

16 July 2026
Hutang, Cukai, Kekayaan: Kerajaan Jawab Semua Persoalan Rakyat

Hutang, Cukai, Kekayaan: Kerajaan Jawab Semua Persoalan Rakyat

16 July 2026
Bursa Bimbang Spekulasi PRU16, Pasaran Dijangka Bergelora

Bursa Bimbang Spekulasi PRU16, Pasaran Dijangka Bergelora

16 July 2026
Harga Minyak Melonjak, Konflik Hormuz Semakin Panas

Harga Minyak Melonjak, Konflik Hormuz Semakin Panas

16 July 2026
Bitcoin Mungkin Sudah Sentuh Paras Dasar – Glassnode

Bitcoin Mungkin Sudah Sentuh Paras Dasar – Glassnode

16 July 2026
Selat Hormuz Meletup, Dunia Pasaran Makin Cemas!

Selat Hormuz Meletup, Dunia Pasaran Makin Cemas!

16 July 2026
Amerika Syarikat ‘Sedut’ Emas Global, Simpanan Negara Lain Dalam Ancaman?

XAU/USD Dapat Suntikan ‘Booster’, PPI AS Kurangkan Tekanan Hawkish Fed

16 July 2026
Ringkasan Pagi: AS Serang Iran Lagi, Pasaran Mula Bergolak!

Ringkasan Pagi: AS Serang Iran Lagi, Pasaran Mula Bergolak!

16 July 2026
  • MOSHED Magic Line
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Advertise With Us
Thursday, 16 July 2026
INTRADAY.my
  • Pasaran
    • All
    • Analisa Tajaan
    • Berita Ekonomi
    • Harga Emas
    BNM Dijangka Naikkan Kadar Faedah 

    BNM Dijangka Naikkan Kadar Faedah 

    Harga Minyak Melonjak, Konflik Hormuz Semakin Panas

    Harga Minyak Melonjak, Konflik Hormuz Semakin Panas

    Amerika Syarikat ‘Sedut’ Emas Global, Simpanan Negara Lain Dalam Ancaman?

    XAU/USD Dapat Suntikan ‘Booster’, PPI AS Kurangkan Tekanan Hawkish Fed

    Ringkasan Pagi: AS Serang Iran Lagi, Pasaran Mula Bergolak!

    Ringkasan Pagi: AS Serang Iran Lagi, Pasaran Mula Bergolak!

    Ekonomi Kanada Meningkat 2.1%: Apa Ertinya untuk Kadar Faedah?

    Kadar Faedah Dikekalkan! Perang Timur Tengah Paksa BoC Ubah Strategi

    Fed Dalam Dilema: Apakah Pengurangan Kadar 50bp September Satu Kesilapan?

    Harga Borong AS Jatuh Mengejut Bulan Jun! Adakah Misi Fed Telah Selesai?

    Bank of Canada Turunkan Kadar Dasar – Kekalkan Nada Berwaspada

    Impian Kenaikan Kadar Kanada Bakal Terkubur? Ini Apa Yang Perlu Diketahui!

    India Cuba Elak Krisis Bahan Api, Manfaatkan Baja Lembu

    India Cuba Elak Krisis Bahan Api, Manfaatkan Baja Lembu

    BoC Tangguhkan Keputusan Kadar Faedah, Apa Kes Ni? 

    BoC Tangguhkan Keputusan Kadar Faedah, Apa Kes Ni? 

    • Sembang INTRADAY
    • Berita Kalendar Ekonomi
  • Matawang
    • All
    • Analisis Matawang
    • Berita Kalendar Ekonomi
    • Tips Matawang
    Ringgit Dibuka Tinggi Susulan Data Ekonomi AS Yang Lemah

    Ringgit Dibuka Tinggi Susulan Data Ekonomi AS Yang Lemah

    Ringkasan Pagi: AS Serang Iran Lagi, Pasaran Mula Bergolak!

    Ringkasan Pagi: AS Serang Iran Lagi, Pasaran Mula Bergolak!

    Ringgit Dibuka Tinggi Menjelang Anggaran Awal KDNK Q2 2026

    Ringgit Dibuka Tinggi Menjelang Anggaran Awal KDNK Q2 2026

    Ringkasan Pagi: Data Inflasi AS Susut Mendadak

    Ringkasan Pagi: Data Inflasi AS Susut Mendadak

    Taruhan ‘Rate Hike’ Fed Meningkat, Data CPI Malam Ini Jadi Penentu!

    Taruhan ‘Rate Hike’ Fed Meningkat, Data CPI Malam Ini Jadi Penentu!

    Ringgit Pasak Rekod RM4.07, Pasaran Fokus Krisis Hormuz

    Ringgit Pasak Rekod RM4.07, Pasaran Fokus Krisis Hormuz

    Ringkasan Pagi: Minyak Melonjak 9.6%, Fed Kini Serius Pertimbang Naikkan Kadar Faedah

    Ringkasan Pagi: Minyak Melonjak 9.6%, Fed Kini Serius Pertimbang Naikkan Kadar Faedah

    Ringgit Susut Sedikit Susulan Ketidaktentuan Konflik Di Asia Barat

    Ringgit Susut Sedikit Susulan Ketidaktentuan Konflik Di Asia Barat

    Kuasai Diri Dulu, Baru Boleh Kuasai Pasaran

    Kuasai Diri Dulu, Baru Boleh Kuasai Pasaran

    • Analisis Matawang
    • Tips Trading
    • Belajar Trading FREE
  • Kripto
    • All
    • Analisis Teknikal Kripto
    • Asas Kripto
    • NFT
    Bitcoin Mungkin Sudah Sentuh Paras Dasar – Glassnode

    Bitcoin Mungkin Sudah Sentuh Paras Dasar – Glassnode

    CLARITY Act Berdepan Halangan, 3 Senator AS Bangkit Membantah!

    CLARITY Act Berdepan Halangan, 3 Senator AS Bangkit Membantah!

    Kenapa XRP Gagal Lepasi Paras Penting?

    Kenapa XRP Gagal Lepasi Paras Penting?

    Sekatan Kembali Diperketat, AS Bekukan $130 Juta Kripto Bank Pusat Iran!

    Sekatan Kembali Diperketat, AS Bekukan $130 Juta Kripto Bank Pusat Iran!

    Bitcoin Melepasi $64,000 Selepas Inflasi AS Menurun

    Bitcoin Melepasi $64,000 Selepas Inflasi AS Menurun

    Trump Desak CLARITY Act Diluluskan Segera!

    Trump Desak CLARITY Act Diluluskan Segera!

    Strategy Jual Lagi Bitcoin, Kini Bernilai $1.25 Bilion!

    Strategy Jual Lagi Bitcoin, Kini Bernilai $1.25 Bilion!

    Bitcoin Jatuh 3.8% Selepas Harga Minyak Melonjak Susulan Konflik AS-Iran

    Bitcoin Jatuh 3.8% Selepas Harga Minyak Melonjak Susulan Konflik AS-Iran

    Pelabur Runcit Panik! Apakah Yang Terjadi Pada Pasaran Kripto?

    Risiko Bitcoin Jatuh Ke $61,000 Semakin Nyata! Apakah Yang Berlaku Dalam Pasaran?

    • Asas Kripto
    • Analisis Teknikal Kripto
    • NFT
  • Saham
    • All
    • Saham Global
    • Saham Lokal
    Bursa Bimbang Spekulasi PRU16, Pasaran Dijangka Bergelora

    Bursa Bimbang Spekulasi PRU16, Pasaran Dijangka Bergelora

    OpenAI Bakal Lancar Peranti Pembesar Suara Versi AI

    OpenAI Bakal Lancar Peranti Pembesar Suara Versi AI

    Saham Asia Melonjak Selepas Inflasi AS Reda

    Saham Asia Melonjak Selepas Inflasi AS Reda

    Sime Darby Property Kalah Kes, RM78.6 Juta Pampasan Terbatal

    Sime Darby Property Kalah Kes, RM78.6 Juta Pampasan Terbatal

    Jualan TSMC Melonjak 36%, Isyarat Penting Buat Industri Cip AI

    Jualan TSMC Melonjak 36%, Isyarat Penting Buat Industri Cip AI

    Saham SK Hynix Jatuh 4.4% Selepas Lancar IPO Di Nasdaq 

    Saham SK Hynix Jatuh 4.4% Selepas Lancar IPO Di Nasdaq 

    Kedai Claypot Pulau Pinang Raih Projek Teknologi RM204 Juta!

    Kedai Claypot Pulau Pinang Raih Projek Teknologi RM204 Juta!

    Saham Asia Laku Keras, Pembangunan AI Tarik Pelabur Global

    Saham Asia Laku Keras, Pembangunan AI Tarik Pelabur Global

    Ringkasan Pagi: Sektor AI ‘Rebound’, Saham Asia Melonjak, Minyak Brent Jatuh

    Ringkasan Pagi: Sektor AI ‘Rebound’, Saham Asia Melonjak, Minyak Brent Jatuh

    • Saham Lokal
    • Saham Global
  • Umum
    • MOSHED Magic Line
    • Kalkulator Zakat Kripto
    • Berita Ekonomi
    • Isu Semasa
    • Biz
    • Artikel Umum
    • Download Apps
  • E-Kedai
    • Buku ANALISIS FUNDAMENTAL
    • Intraday Label – Merchandise
    • Komuniti #HUSTLE24HOUR
No Result
View All Result
INTRADAY.my
No Result
View All Result
Home Artikel Pelbagai

Sebut Saja ‘Broker’ Ni, Pasti Ramai Tahu Dan Teringat Kisahnya Yang Memedihkan

Trader Confessions by Trader Confessions
28 November 2018
in Artikel Pelbagai
0
Sebut Saja ‘Broker’ Ni, Pasti Ramai Tahu Dan Teringat Kisahnya Yang Memedihkan
19
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare to Whatsapp

Dari : Trader Yang Mencari
Tajuk : Bahana GWGFX
Nota : Artikel ini dihantar oleh pembaca setia INTRADAY.my

Confession:
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

GWGFX. Saya pasti ramai yang pernah dengar dan pernah juga terkena dengan “BROKER TERBAIK” alam semesta ini. Saya dikenalkan dengan broker ini pada penghujung tahun 2013. Semasa itu saya masih lagi di universiti tempatan belajar bidang engineering dan mula mengenalinya daripada seorang pelajar di sana juga, yang saya namakan Q dalam confession saya ini.

Q dengan saya bukanlah rapat sangat. Hanya sekadar rakan 1 kuliah.Selama saya mengenalinya, Q seorang yang sangat baik dan rendah diri.

Pada 2013 merupakan tahun yang saya melihat perubahan yang sangat ketara padanya. Q yang pada asalnya hanya berpakaian seperti pelajar biasa, tidaklah terlalu kemas dan tidaklah terlalu selekeh menjadi seorang yang suka berpakaian sut lengkap berkot, walaupun ke kelas.

Saya hairan, apa sudah jadi padanya? Gayanya ibarat seorang ahli korporat yang sangat tinggi jawatannya.

Sehinggalah satu hari, ketika keluar daripada pagar universiti, saya ternampak Q dengan sebuah kereta BMW 3 series kalau tak silap, bersama beberapa orang yang saya tidak kenali berkemeja dan bertali leher, kemas pakaian mereka.

Curiousity saya menjelma. Si Q ni dah alami perubahan 180 darjah ni. Dulu biasa-biasa, sekarang dah macam owner bisnes besar dah.

Risik punya risik punya risik, saya jumpalah dengan Q. Tanya punya tanya punya tanya, saya dapat jawapannya.

Q kata dia seorang trader dan dia selalu trade duit orang yang nak jana income tetapi sibuk. Saya dalam kepala dah ligat fikir “ni senang ni, kasi duit simpanan kat dia, mau beranak beranak”.

Kami set masa untuk borak panjang dan lokasi dipilih adalah sebuah cafe yang ambience cukup nice lah. Saya ni tak reti sangat kopi mahal ni. Jadi apabila 1st time pergi ke cafe, rasa macam rusa masuk kampung lah, terpegun.

Q datang bersama kawannya, 2 orang lagi, kacak bergaya sama dengan dia. Muka semua banyak seronok, duduk je, susun anak kunci kereta dan wallet mahal.
Yang saya ingat, ada anak kunci kereta Porsche, BMW dan lagi satu tu macam lambang sayap. Saya pun tak pasti anak kunci kereta apa. Q mula briefing, bercerita mengenai broker baru. Saya tak nampak dah time tu, broker tu apa kejadah, trade tu amende, yang saya nampak, duit saya beranak macam anak kucing, banyak.

Sebab dah fikir nak pergi travel, nak beli baju seluar mahal, nak beli kereta bila dah grad.

Tapi Q ni satu bagus dia, dia nak juga brief daripada awal sampai habis. Jadi terpaksa dengarlah juga broker tu apa, trade tu apa, macam mana buat duit.

Kemudian barulah bahagian macam mana duit tu, bila di’laburkan’ boleh dapat 10% tiap bulan dan akan ada extra daripada untuk trade. Mata saya masa tu dah $$$$$.

Balik saja daripada perjumpaan tu, saya contact parents nak keluarkan RM10,000 daripada akaun simpanan kata nak buat bisnes.

Parents saya memang tak kasi lah. Gaduh punya gaduh punya gaduh, akhirnya diorang akur. *Sampai harini saya menyesal gaduh dengan diorang.

Dipendekkan cerita, saya deposit duit tersebut, dalam anggaran $3,500 ke dalam akaun broker yang dipanggil GWGFX.

Tiap hari saya cek duit saya dalam akaun tu, kadang-kadang jumpa Q tengok dia kejap-kejap tengok handphone buka MT4.
Daripada situ saya mula tahu sikit-sikit tentang trade ni. 2 3 bulan, saya withdraw baik punya 10% saya. Q cakap kalau dah konfiden, boleh la ajak orang lain join sekali, dapat 10% bonus tajaan.
Saya fikir punya fikir, saya ajak kawan sebilik saya, kawan sekelas saya. Adalah beberapa orang cakap ni skim ‘scam’.

Saya masa tu mana fikir apa dah, yang saya fikir diorang ni saja dengki dengan apa yang saya dan Q dapat.

Jadi ada lah beberapa kawan saya join bawah saya, fuh seronok dia lain macam sebab dapat bonus tajaan.

Nak dijadikan cerita, saya tonton filem Wolf of Wall Street dan saya masih ingat lagi skrip Jordan Belfort yang berbunyi begini, “Kita bagi mereka percaya yang duit mereka ni ada online, padahal kita dah kebas habis”.
Habis saja scene tu, saya mula buat research. Saya google “gwgfx tipu”, “gwgfx scam” dan macam  macam lagilah keyword saya search.

Resah dia bukan kepalang! Serius. Bukan setakat duit sendiri, malah orang lain pun join sebab percayakan saya dan yakin dengan apa yang saya cakap.
Saya push mereka keluarkan duit cepat-cepat, ada yang buat dek, ada yang keluarkan. Tiap kali nak keluarkan, memang berdebar la. Kot kot kena tendang.
Rupanya malang berbau kali ini, apa yang saya resahkan, takutkan akhirnya terjadi! Withdrawal pertama saya gagal, ditendang semula. Kalau tak silap berlaku pada bulan 5 2014, 6 bulan selepas saya join.

Kawan-kawan saya semua dah mula salahkan saya, duit mereka dah burn.

Duit saya apatah lagi sebab apabila dapat duit 10%, saya rolling balik dengan harapan akan bertambah lagi banyak tiap bulan. Parah, saya join group “Anti Skim Ponzi”, saya baca siapa pengasasnya, siapa ketuanya dan memang dah nampak-nampak dah filem Wolf of Wall Street sebenarnya realiti hidup.

Sehingga hari ini, duit-duit dalam akaun broker terbaik alam semesta planet nameck lesap, kawan kawan menjauhkan diri, dan tidak ketinggalan yang caci maki saya.

Saya tak tahu apa jadi pada Q selepas semuanya lesap.

Hutang saya dengan diri sendiri dan orang lain memang tak terkata lah.

Sakit sakit. Betullah orang kata, sekali kena scam, kalau tak serik lagi, memang bodoh.

Selepas daripada itu, saya jauhkan daripada skim-skim gila. Skim goyang kaki dapat telur adalah. Tapi saya struggle dengan hutang yang ada, jadi nak taknak, time kerja, saya kena cari jalan lain untuk buat duit nak bayar hutang.

Jadi saya buat research balik pasal trading ni, belajar forex tu apa, komoditi tu apa, saham tu apa. Ada yang trade saham, CPO, Forex, Emas, Minyak apa semua lagi lah.

Saya buat bacaan, tiap lebihan sikit-sikit duit gaji saya gunakan untuk pergi kelas dan beli buku. Harini, alhamdulillah slow-slow saya dapat tarik profit.

Memang mencabar gila lah nak study trade ni sambil kerja, orang dok push mintak hutang. Tapi sebelum saya masuk trade akaun real, saya trade demo kaw2 dulu, sambil kumpul duit buat kerja sampingan, jual barang apa semua.

Sebab saya ingat lagi ada sorang cikgu ni cakap, “Trading ni adalah bisnes duit buat duit. Tak ada duit, macam mana nak trade”.

Daripada situ saya belajar semula simpan duit, deal dengan orang, kerja sampingan tak payah cakap la. Sana sini pergi buat kerja lepas office hour.

Saya belajar TA betul-betul, memang akan ada loss, memang akan ada rasa kecewa tapi lama-lama loss tu jadi kebiasaan, siap boleh jadi motivasi lagi nak dapatkan next profit.

Saya pegang satu benda, loss 100, kena dapatkan balik 200. Dengan mindset gitu, saya dah aplikasikan Risk Reward Ratio 1:2 dalam tiap trade.

Tapi sampai harini, kesan GWGFX ni berbekas lah dalam hidup saya. Sakit dia, memang takkan hilang. Tapi takkan nak biarkan dia effect hidup kan?

So kena move on and jauhi dah skim bukan-bukan ni.

Yang baru, teruskan dengan menuntu ilmu. Yang lama, kongsikan dengan yang baru. Scammer, berhentilah buat benda bukan-bukan. Kesian kat orang. Kalau orang tu tahu cara nak recover takpe tapi kalau dah orang-orang tua di kampung?

Walaupun wang saya lesap dan masih berhutang, saya ucapkan terima kasih kepada Moshed.com (kini dikenali sebagai Intraday.my) sebab pernah bogelkan GWGFX ni.

Takut ditipu broker? Register bersama Broker SaracenMarkets yang KUKUH dan dapatkan Free Modal Trading $50 USD tanpa perlu deposit satu sen pun. KLIK SINI

ShareTweetSend

Related Posts

PCE Teras: Fed Berbeza Pendapat, Inflasi Cetus Tanda Tanya?

PCE Teras: Fed Berbeza Pendapat, Inflasi Cetus Tanda Tanya?

by Team INTRADAY
26 June 2026
0

Dua pegawai kanan Rizab Persekutuan (Fed) memberi bayangan bahawa kadar faedah dijangka kekal pada paras semasa buat masa ini walaupun...

Boleh Trade Emas 24 Jam? CFTC Mula Minta Pendapat Awam!

Boleh Trade Emas 24 Jam? CFTC Mula Minta Pendapat Awam!

by Team INTRADAY
23 June 2026
0

Bayangkan korang tengah lepak malam minggu, tiba-tiba ada berita perang meletus di Timur Tengah dan korang boleh terus setup posisi...

Jakarta Kerah Ribuan Polis, Pelajar Indonesia Turun Ke Jalanan Bantah Prabowo

Jakarta Kerah Ribuan Polis, Pelajar Indonesia Turun Ke Jalanan Bantah Prabowo

by Team INTRADAY
12 June 2026
0

Suasana di ibu negara Indonesia kembali tegang apabila ribuan anggota polis dikerahkan ke Jakarta menjelang demonstrasi besar-besaran yang dirancang oleh...

GILA! SpaceX Tarik Lebih $70 Bilion Dari Pelabur Runcit, IPO Terbesar Dunia Semakin Hampir

GILA! SpaceX Tarik Lebih $70 Bilion Dari Pelabur Runcit, IPO Terbesar Dunia Semakin Hampir

by Team INTRADAY
12 June 2026
0

Demam IPO SpaceX semakin menggila apabila syarikat milik Elon Musk itu dilaporkan berjaya menarik lebih $70 bilion tempahan daripada pelabur...

  • Trending
  • Comments
  • Latest
Dana Pelaburan KWAP RM203 Juta Kena ‘Scam’ Di Indonesia – PM Anwar

Dana Pelaburan KWAP RM203 Juta Kena ‘Scam’ Di Indonesia – PM Anwar

16 July 2026
BNM Dijangka Naikkan Kadar Faedah 

BNM Dijangka Naikkan Kadar Faedah 

16 July 2026
Ramalan Harga Emas: Laporan CPI & Testimoni Kevin Warsh Malam Ini

Ramalan Harga Emas: Laporan CPI & Testimoni Kevin Warsh Malam Ini

14 July 2026
Sekutu Epstein Dilantik Selaku CEO Pelabuhan Terbesar Malaysia!

Sekutu Epstein Dilantik Selaku CEO Pelabuhan Terbesar Malaysia!

0
Dana Pelaburan KWAP RM203 Juta Kena ‘Scam’ Di Indonesia – PM Anwar

Dana Pelaburan KWAP RM203 Juta Kena ‘Scam’ Di Indonesia – PM Anwar

0
Dari Raja Industri Game Ke Syarikat Yang Bergelut

Dari Raja Industri Game Ke Syarikat Yang Bergelut

0
Dari Raja Industri Game Ke Syarikat Yang Bergelut

Dari Raja Industri Game Ke Syarikat Yang Bergelut

16 July 2026
Sekutu Epstein Dilantik Selaku CEO Pelabuhan Terbesar Malaysia!

Sekutu Epstein Dilantik Selaku CEO Pelabuhan Terbesar Malaysia!

16 July 2026
Dana Pelaburan KWAP RM203 Juta Kena ‘Scam’ Di Indonesia – PM Anwar

Dana Pelaburan KWAP RM203 Juta Kena ‘Scam’ Di Indonesia – PM Anwar

16 July 2026
INTRADAY.my

2025 © INTRADAY.my ⚡ Sejak Julai 2013.

Media Pasaran Kewangan No. 1 di Malaysia

  • MOSHED Magic Line
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Advertise With Us

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Pasaran
    • Sembang INTRADAY
    • Berita Kalendar Ekonomi
  • Matawang
    • Analisis Matawang
    • Tips Trading
    • Belajar Trading FREE
  • Kripto
    • Asas Kripto
    • Analisis Teknikal Kripto
    • NFT
  • Saham
    • Saham Lokal
    • Saham Global
  • Umum
    • MOSHED Magic Line
    • Kalkulator Zakat Kripto
    • Berita Ekonomi
    • Isu Semasa
    • Biz
    • Artikel Umum
    • Download Apps
  • E-Kedai
    • Buku ANALISIS FUNDAMENTAL
    • Intraday Label – Merchandise
    • Komuniti #HUSTLE24HOUR

2025 © INTRADAY.my ⚡ Sejak Julai 2013.