US dollar membuat kenaikan pada Khamis dengan pasaran saham Wallstreet melonjak semula dalam sesi dagangan Rabu. Ketiga-tiga indeks utama saham Amerika Syarikat itu ditutup 1.0% lebih tinggi dengan pasaran kini mengalihkan perhatian mereka daripada ‘Perang Perdagangan’ kepada pengumuman pendapatan syarikat-syarikat pada suku pertama 2018.
Dengan fokus yang beralih kepada ‘pendapatan syarikat’, sentimen pasaran juga dilihat beransur pulih sejak pembukaan sesi New York pada Rabu. Kita dapat melihat kenaikan semula US dollar selepas pengumuman China tentang tariff terhadap A.S. pukul 4 petang pada Rabu.
Antara lain yang menyokong kepada sentimen adalah komen penasihat ekonomi Trump, Larry Kudlow bahawa pentadbiran A.S. dalam rundingan dengan China dan tidak terlibat dalam perang perdagangan.
Tumpuan pasaran yang berubah ketika ini dan juga sentimen yang beransur pulih menyebabkan aset safe-haven seperti Yen dan emas melemah. Kita dapati kedua-duanya melemah sejak daripada awal sesi New York pada Rabu dan berterusan sehingga ke sesi Asia pada Khamis.
Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang utama yang lain naik 0.17% setakat pada pukul 2.41 petang.
EUR/USD setakat ini jatuh 0.09%, pair GBP/USD jatuh 0.17%, USD/JPY naik 0.27% dan GBP/JPY naik 0.12%.
Walaupun dengan sentimen yang semakin pulih, matawang Aussie dilihat lemah pada Khamis, begitu juga dengan Kiwi. AUD/USD setakat ini susut 0.32% dengan NZD/USD susut 0.29%. Kelemahan kedua-dua matawang ini berkemungkinan disebabkan kesan tariff antara AS-CHINA dan juga kesan daripada kenaikan matawang US dollar yang menjadikan harga komoditi semakin mahal.