US dollar didagang berhampiran dengan paras terendah hampir empat minggu yang lalu berbanding beberapa matawang yang lain pada Isnin selepas data pekerjaan Amerika Syarikat merekodkan bacaan yang tidak memberangsangkan Jumaat lepas.
Data tumpuan kadar gaji (Average earnings) mencatat bacaan kurang daripada jangkaan iaitu kenaikan 0.2% berbanding ramalan kenaikan 0.3%. Walaupun data tambahan pekerjaan melebihi jangkaan tetapi ia hanya minima. Manakala kadar pengangguran merekodkan bacaan di luar jangkaan kerana meningkat dari 3.8% kepada 4.0% pada bulan Jun.
Matawang berkadar faedah tinggi AUD dan NZD dilihat meneruskan kenaikannya pada awal dagangan Isnin berikutan kelemahan US dollar ketika ini.
Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding beberapa matawang lain membuat penurunan dengan merekodkan kejatuhan 0.23% setakat pada pukul 2.18 petang.
Major pair seperti EUR/USD setakat ini membuat kenaikan 0.24% dengan GBP/USD naik 0.26%. USD/JPY setakat ini pula hampir tidak berubah dengan hanya susut 0.01%, USD/CAD susut 0.08% dengan USD/CHF jatuh 0.25%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing merekodkan kenaikan 0.52% dan 0.15% setakat ini.
Matawang paling kuat setakat ini adalah AUD dan matawang paling lemah adalah JPY dan USD. Dengan menggabungkan matawang paling kuat dan lemah, pair AUD/JPY dan AUD/USD masing-masing membuat kenaikan sehingga 0.54% dan 0.52% setakat ini.
Selain daripada data ekonomi, isu perdagangan AS-China akan terus menjadi perhatian pasaran pada minggu ini. Seperti yang kita sedia maklum, tariff oleh Amerika Syarikat terhadap $34 billion produk China telah mula berkuatkuasa pada Jumaat lalu di mana Trump mengatakan tariff $16 billion selebihnya akan berkuatkuasa dalam tempoh dua minggu. Beliau juga memberi amaran akan ada tambahan $500 billion tariff jika China cuba membalas.