Kebimbangan perang perdagangan kembali mengganggu pasaran dengan China dijangka menetapkan tarikh tindak balas terhadap tariff dari Amerika. Untuk pengetahuan anda, isu ini bermula sejak beberapa bulan yang lalu. Disebabkan tindak balas ini, US dollar jatuh pada sesi New York hari Rabu.
Matawang paling banyak bergerak dalam sesi Asia hari Khamis adalah NZD selepas penetapan dasar monetari Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) awal pagi tadi. RBNZ mengekalkan kadar faedahnya pada 1.75% tetapi dengan penetapan dasar yang secara keseluruhannya bersifat dovish.
Bank pusat New Zealand itu berkata keyakinan rendah dalam perniagaan boleh memburukkan pelaburan dan gunatenaga (employment) di negara itu. Ia juga mengulangi kenyataan sebelum ini bahawa perubahan kadar faedah boleh berubah kepada kenaikan atau penurunan selepas ini.
Sebab utama kepada kejatuhan NZD adalah tindakan RBNZ mengurangkan unjuran pertumbuhan ekonomi (GDP), kadar faedah, dan tukaran matawang.
Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain menyusut 0.09% setakat pada pukul 9.52 pagi.
Major pair seperti EUR/USD setakat ini naik 0.05% di mana GBP/USD hampir tidak berubah dengan hanya susut 0.01%. USD/JPY setakat ini pula naik 0.01%, USD/CAD naik 0.03% dengan USD/CHF didagang menurun 0.03%. Pair AUD/USD membuat kenaikan 0.13% dengan NZD/USD jatuh 0.09%.
Matawang safe-haven nampaknya mendapat permintaan pada sesi New York hari Rabu dan kekal sehingga kini (Sesi Asia) disebabkan risiko perang dagang. Ini dapat dilihat dengan kenaikan Yen dan Swissy.
Dalam laporan awal pagi tadi, China dilaporkan akan mengenakan tariff 25% terhadap $16 billion produk dari Amerika bermula pada 23 Ogos. Ia adalah hari yang sama tariff Amerika Syarikat berkuatkuasa. Apa yang membimbangkan pasaran adalah ketegangan yang semakin meningkat antara kedua negara dan potensi tariff yang lebih besar oleh Amerika selepas ini.