Matawang berkadar faedah tinggi AUD meneruskan kenaikannya sejak sesi Asia hari Isnin sehingga pembukaan sesi New York. Matawang US dollar dan Yen pula semakin lemah ketika ini meneruskan kejatuhan sejak sesi Asia.
Antara berita penting pasaran hari ini adalah perletakan jawatan David Davis sebagai Menteri Brexit. Dominic Raab dilaporkan akan menggantikan David Davis sebagai Menteri Brexit yang baru. Davis meletak jawatan sebagai ketua perunding Brexit pada Isnin berikutan tidak setuju dengan perancangan Brexit oleh Perdana Menteri Theresa May.
Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding beberapa matawang lain membuat penurunan dengan merekodkan kejatuhan 0.22% setakat pada pukul 9.41 malam.
Major pair seperti EUR/USD setakat ini membuat kenaikan 0.23% dengan GBP/USD naik 0.44%. USD/JPY setakat ini pula naik 0.11%, USD/CAD susut 0.10% dengan USD/CHF jatuh 0.09%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing merekodkan kenaikan 0.66% dan 0.10% setakat ini.
Matawang paling kuat setakat ini adalah AUD dan matawang paling lemah adalah JPY dan USD. Dengan menggabungkan matawang paling kuat dan lemah, pair AUD/JPY dan AUD/USD masing-masing membuat kenaikan sehingga 0.77% dan 0.63% setakat ini.
Kejatuhan US dollar ketika ini disebabkan data pekerjaan NFP pada Jumaat yang terus memberi tekanan kepada greenback. Kadar gaji (Average earnings) dan kadar pengangguran meleset daripada jangkaan pasaran sekaligus mengurangkan potensi pengetatan polisi The Fed buat masa ini.