US dollar telah membuat pemulihan ketika ini selepas jatuh ke paras terendah hampir 4 minggu yang lalu berbanding beberapa matawang yang lain. Antara yang menyokong kepada pemulihan US dollar adalah kejatuhan Sterling (GBP) yang disebabkan ketidaktentuan politik di Britain.
Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding beberapa matawang lain membuat kenaikan 0.13% setakat pada pukul 2.09 petang.
Major pair seperti EUR/USD setakat ini membuat penurunan 0.08% dengan GBP/USD jatuh 0.15%. USD/JPY setakat ini pula naik 0.23%, USD/CAD naik 0.08% dengan USD/CHF naik 0.08%. Pair AUD/USD setakat ini susut 0.11% dengan NZD/USD naik 0.06%.
Matawang paling kuat setakat ini adalah NZD dan matawang paling lemah adalah JPY. Dengan menggabungkan matawang paling kuat dan lemah, pair NZD/JPY naik sebanyak 0.28%.
Nampaknya, pasaran sejak daripada Isnin sedikit lupa terhadap isu perdagangan AS-China dan berfokus kepada keadaan politik Britain selepas dua daripada menteri kanan Britain meletakkan jawatan.
Pasaran saham Wallstreet pada Isnin berakhir positif sekaligus memberi kesan kepada kenaikan indeks-indeks saham Asia pada hari Selasa. Majoriti indeks saham Asia ketika ini didagang positif dengan pasaran Asia Tenggara khususnya Bursa Malaysia membuat kenaikan. Ini menunjukkan pasaran ketika ini berada dalam keadaan Risk-On di masa pelabur berani mengambil risiko.
Satu lagi bukti kepada sentimen Risk-On ketika ini adalah kelemahan matawang Yen yang menjadi matawang paling lemah sejak sesi Asia berbanding matawang utama yang lain.