US dollar dilihat melemah berbanding matawang utama yang lain dengan perkembangan terkini dalam isu perdagangan AS-China menyokong kepada pemulihan sentimen semasa pasaran. Ia sekaligus telah memperbaiki sentimen pasaran yang Risk-Off semalam.
Dalam laporan yang baru diterima, rundingan perdagangan akan diadakan pada hujung bulan ini di mana Menteri China akan bertemu dengan Setiausaha di bawah perbendaharaan AS, Malpass. Menteri komunikasi China memaklumkan ini adalah atas jemputan oleh pihak Amerika Syarikat.
Dengan berita positif ini, sentimen perang dagang global dijangka semakin pulih dengan matawang Yen ketika ini melemah berbanding matawang-matawang yang lain.
Antara matawang yang paling banyak mendapat manfaat daripada perkembangan terbaru ini adalah matawang Euro dan AUD.
Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain setakat ini membuat penurunan sebanyak 0.22%.
Major pair seperti EUR/USD setakat ini membuat kenaikan sebanyak 0.30%, di mana GBP/USD merekodkan kenaikan 0.18%. USD/JPY pula membuat kenaikan 0.07%, USD/CAD didagangkan menurun 0.11%. USD/CHF pula jatuh 0.14%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing merekodkan kenaikan 0.40% dan 0.27%.
Matawang terkuat setakat ini adalah Aussie, manakala matawang paling lemah adalah Yen. Dengan menggabungkan matawang kedua-dua matawang tersebut, pair AUD/JPY melonjak sebanyak 0.50% setakat pada pukul 2.26 petang.