Majoriti pasangan matawang pada sesi London bergerak dalam julat yang kecil kerana sedang menunggu perkembangan hasil pertemuan antara Presiden Trump dan Presiden Suruhanjaya Eropah Jean-Claude Juncker.
Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain susut 0.10% setakat pada pukul 8.41 malam.
Major pair seperti EUR/USD setakat ini membuat kenaikan 0.04% di mana GBP/USD naik sebanyak 0.11%. USD/JPY setakat ini pula jatuh sebanyak 0.10%, USD/CAD susut 0.21% dengan USD/CHF membuat penurunan 0.10%. Pair AUD/USD jatuh sehingga 0.15% dengan pair NZD/USD hampir tidak berubah dengan hanya naik 0.03% setakat ini.
Matawang paling kuat setakat ini adalah CAD dan Sterling (GBP), manakala matawang paling lemah adalah AUD. Dengan menggabungkan matawang paling kuat dan lemah, pasangan matawang CAD/AUD dan GBP/AUD masing-masing merekodkan kejatuhan 0.32% dan 0.27% setakat ini.
Matawang Aussie kekal sebagai matawang paling lemah selepas data inflasi (CPI) pagi tadi merekodkan bacaan yang kurang memberangsangkan. Apa yang menambah kepada kejatuhan matawang AUD berserta NZD adalah tindakan bank pusat China yang melemahkan Yuan.
Keadaan pasaran semasa beralih kepada Risk-Off (berisiko) selepas peningkatan saham global pada Selasa. Hal ini disebabkan pertemuan penting antara kedua-dua pemimpin ekonomi terbesar dunia Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah.