Matawang US dollar membuat kenaikan yang jelas pada Isnin berbanding beberapa matawang utama yang lain. Namun, US dollar kelihatan melemah semula bermula pada awal sesi dagangan di Eropah semalam. Peningkatan US dollar pada minggu lalu lebih banyak dipacu oleh kenaikan Hasil-Bon Amerika Syarikat dan penanda aras utama bon itu (US10- year treasury) melemah dengan jelas pada Isnin.
Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang utama yang lain susut 0.12% setakat pada pukul 2.21 petang.
Major pair EUR/USD membuat penurunan sebanyak 0.14% dengan GBP/USD susut sebanyak 0.01%. USD/JPY pula susut 0.07%, USD/CAD susut 0.16% dengan USD/CHF membuat kenaikan 0.01%. AUD/USD dan NZD/USD masing-masing merekodkan kenaikan 0.13% dan 0.14%.
Matawang paling kuat setakat ini adalah NZD dan CAD, manakala matawang paling lemah adalah Euro. Dengan menggabungkan matawang paling kuat dan lemah, pair EUR/NZD membuat penurunan sebanyak 0.31% dengan EUR/CAD jatuh 0.31%.
Pasaran forex bergerak dengan banyak pada sesi dagangan Isnin di mana kita melihat US dollar meneruskan pengukuhannya. Namun, momentum pengukuhan itu semakin pudar pada pertengahan dagangan hari Isnin, di mana matawang US dollar kelihatan melemah. Dengan tiada berita yang jelas menggerakkan pasaran, kelemahan US dollar yang mendadak dilihat sebagai satu aktiviti pengambilan untung oleh pasaran.