Matawang US dollar ketika ini bergerak stabil di sekitar paras tertinggi enam bulan yang lalu berbanding beberapa matawang yang lain dengan tumpuan pasaran ketika ini masih terarah kepada ketegangan perdagangan.
Perkembangan positif dalam rundingan antara Kesatuan Eropah dan China telah membantu meredakan sentimen pelabur terhadap isu perdagangan global.
Naib Presiden China, Li Keqiang pada Isnin menegaskan kepentingan untuk mengekalkan perdagangan bebas selepas rundingan dengan Kesatuan Eropah (EU) mencapai kesepakatan yang seimbang antara kedua-dua pihak.
Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain susut 0.08% setakat pada pukul 3.47 petang.
Major pair seperti EUR/USD setakat ini hampir tidak berubah dengan hanya naik 0.02% di mana GBP/USD susut 0.03%. USD/JPY setakat ini pula naik 0.13%, USD/CAD susut 0.08% dengan USD/CHF membuat penurunan 0.06%. Pair AUD/USD dan NZD/USD pula masing-masing meningkat 0.04% dan 0.07% setakat ini.
Matawang paling kuat setakat ini adalah CHF dan matawang paling lemah adalah JPY. Dengan menggabungkan matawang paling kuat dan lemah, pair CHF/JPY merekodkan kenaikan 0.21% setakat pada pukul 3.54 petang.
Tidak banyak data penting yang dikeluarkan pada sesi Asia hari Selasa dengan tumpuan hanya terarah kepada data ekonomi China. Pertumbuhan ekonomi China yang dikeluarkan pada pagi tadi merekodkan bacaan 6.7% jatuh daripada 6.8% yang direkodkan sebelum ini, namun sejajar dengan jangkaan.